Skuad wanita negara bakal berdepan ranjau berliku dalam Kejohanan Berpasukan Asia apabila kehilangan pengaruh pakar beregu, Lee Meng Yean.
"Kami menerima berita buruk apabila Meng Yean tidak dapat beraksi dalam saingan di Alor Setar nanti kerana mengalami kecederaan lutut. Kami akan memilih sebagai Tee Jing Yi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain tersebut," kata jurulatih, Wong Pei Tty.
Peruntukan kejohanan membenarkan seorang pemain yang cedera digantikan hanya dengan seorang pemain lain walaupun individu tersebut beraksi dalam acara beregu.
Ini bermakna Pei Tty terpaksa melakukan strategi baru bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Uber yang bakal bermula awal bulan depan.
Malaysia diundi bersama Vietnam, Filipina dan Thailand dengan kemaraan ke separuh akhir menjadi sasaran.
"Saya tidak mahu memperkecilkan kebolehan negara lain tetapi kami memiliki peluang yang cerah beraksi berdepan Vietnam dan Filipina," katanya.