Prestasi tidak meyakinkan oleh pemain negara yang disenaraikan dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar minggu depan mencetuskan dilema.
Adakah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih berhasrat membuat rayuan menukar pemain atau menaruh keyakinan terhadap barisan asal?
Ini kerana sepanjang minggu lalu, kredibiliti pemain perseorangan negara dalam kejohanan yang juga kelayakan Piala Thomas dan Uber itu dipersoal.
Ia susulan prestasi memberangsangkan yang ditampilkan Lee Ying Ying, Liew Daren dan Leong Jun Hao dalam dua saingan pertama tahun ini, iaitu Masters Thailand dan Masters Malaysia.
"Kami telah mendapat penjelasan daripada Datuk Misbun Sidek (ketua jurulatih perseorangan) bahawa dia akan membuat perubahan selepas kejohanan di Alor Setar.
"Saya bersetuju dengan pendapat itu kerana kami sudah membuat persediaan rapi dan satu, dua kejohanan tidak melambangkan pemain itu menjadi lebih baik daripada pemain sedia ada," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.
Keyakinan penuh daripada kepimpinan tertinggi BAM akan menjadi penyuntik semangat yang dicari skuad negara.
Ini adalah ketika Misbun berpandangan siapa jua lawan Malaysia, skuad negara perlu menghadirkan kemenangan meyakinkan.
"Apa yang penting adalah strategi yang kamu bermain, bagaimana untuk menang, untuk menewaskan mereka," kata Misbun.
"Saya lihat dua kejohanan awal tahun ini dalam Masters Thailand dan Masters Malaysia, pemain kita mempunyai daya juang yang tinggi.
"Ini merupakan sesuatu yang harus diteruskan. Bina momentum ini. Mereka harus ada mentaliti kemenangan," ujar Norza.