BADMINTON

All England Live: Sze Fei-Nur Izzuddin taruhan terbaik bergelar juara -- Bekas pemain nombor satu dunia

Stadium Astro
Muzaffar Musa
05/03/2025
12:35 MYT
Sponsor Banner
All England Live: Sze Fei-Nur Izzuddin taruhan terbaik bergelar juara -- Bekas pemain nombor satu dunia
Bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kien Keat, percaya beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, akan menjadi taruhan terbaik untuk meraih kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham bermula minggu depan.
Menurutnya, gandingan itu memiliki matlamat yang cukup jelas mengenai apa yang mereka mahu kecapi sebaik meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Sze Fei dan Nur Izzuddin akan menyingkap tirai kejohanan itu dengan berdepan beregu berpengalaman dari Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang.
"Sudah pasti, Sze Fei dan Izzuddin memiliki minda yang amat jelas, mereka memiliki penetapan minda yang amat bagus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Mereka kelihatan amat jelas tentang apa yang mahu dilakukan tanpa ada sebarang tekanan.
"Daripada corak permainan mereka, kita boleh nampak mereka tidak tertekan dan tenang."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video