Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Dari Pulau Pinang cuba nasib di Lembah Klang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klinik-stl_1.jpg
Seramai 156 peserta mengambil bahagian dalam Klinik CelcomDigi Sepaktakraw League (STL), Grand Prix (GP) Kuala Lumpur (KL) termasuk kehadiran pelajar dari Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan yang turut memeriahkan suasana. 

Ini kali pertama klinik terima penyertaan secara terbuka dengan 10 calon terbaik akan diserap ke kem Akademi Sepak Takraw Malaysia.

"Saya dari Pulau Pinang. Saya nak cuba bakat dan mencuba nasib untuk terpilih," kata peserta Klinik CelcomDigi STL, Muhammad Alif Shukur.

Lebih manis penglibatan kali ini turut membabitkan penyertaan peserta tunggal wanita yang memiliki minat mendalam terhadap sukan sepak takraw dan sentiasa mengikuti perkembangan CelcomDigi STL di Astro.

"Saya mula tertarik dengan sepak takraw ketika menonton siaran ulangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata seorang lagi peserta, Ellisya Putri Izzati.

Selain itu, klinik ini dimeriahkan lagi dengan sesi ramah mesra bersama pemain KL Thunder dan ATM Guardians, serta dikendalikan secara profesional oleh 10  jurulatih kebangsaan. 

Sebelum ini, klinik dianjurkan sekitar sekolah bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Bertau, Pahang, dan SK Seberang Takir, Terengganu. 

"Kami bertujuan untuk menarik minat pemain yang berumur 13 hingga 17 tahun," kata ketua jurulatih Malaysia B, Futra Ghani.

Klinik STL dengan kerjasama Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan diteruskan dalam GP Johor pada 9 Ogos depan.






Astro merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas sokongan berterusan mereka. 

Klinik STL ini turut mendapat tajaan daripada CelcomDigi selaku penaja utama dan Gajah Emas selaku penaja rasmi peralatan.

Advertisement

Must Watch Video