Selangor Pistons langkah kanan aksi pembukaan musim dengan memanfaat kelemahan Penang Black Panthers yang masih tercari-cari keserasian, menerusi kemenangan 2-0.
Selangor kembali ke gelanggang STL Premier dengan persiapan rapi menampilkan trio yang diketuai Arif Badri dari posisi feeder.
Buktinya anak buah Ridhuwan Abd Manaf mendominasi permainan sejak awal set pertama dan situasi itu dilihat menekan pihak lawan untuk membuat kesilapan-kesilapan mudah.
Selangor yang kekal menggunakan khidmat import dari Thailand, Nonthanan Sambatlay kemudiannya pantas menamatkan set pertama 15-9.
Skrip berbeza direkodkan di set kedua dimana permainan menjadi semakin rancak menuju ke penghujung.
Barisan pemain yang diturunkan jurulatih, Ahmad Supian Napiah yang turut memiliki tiga import dari Indonesia musim ini, jelas berhempas-pulas untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Namun permainan tamat di set kedua 15-13 memihak Selangor.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan PDRM Defenders langkah kanan menewaskan Johor Tigris
PDRM yang menurunkan Worapat selaku tekong, Shah Alril Aimin selaku feeder dan Shah Alril Aiman selaku killer mendahului sejak awal untuk kedudukan 6-2.
Ditambah dengan ketepatan libasan Aiman, memastikan PDRM terus mendominasi perlawanan.
Ada percubaan daripada Johor untuk bangkit namun terlambat dan membenarkan PDRM menamatkan set pertama dengan keputusan 15-12.
Set kedua situasinya hampir sama, PDRM terus mendahului untuk kedudukan 5-2 malah selepas itu langsung tak bagi muka kepada Johor untuk bangkit sekaligus menamatkan perlawanan dengan keputusan 15-9.