Skip to main content

Rencana

Ziyad nak tengok siapa penyokong sejati

ziyad-zolkefli_1.jpg
Kejayaan berturut-turut menyaksikan atlet lontar peluru Ziyad Zolkefli muncul antara atlet yang mendapat banyak jumlah pengikut di sosial media.

Pencapaian Ziyad di peringkat tertinggi selama ini hanya berlangsung luar dari Malaysia, namun atlet ini tidak pernah sunyi daripada mendapat sokongan dan ucapan tahniah penyokongnya khusus menerusi sosial media.

Kini sudah tiba masanya untuk Ziyad merasai sokongan secara 'live' di Stadium Nasional Bukit Jalil, menerusi kemunculan kali pertama atlet para yang akan bersaing dengan atlet normal di peringkat rantau Asia Tenggara.

"Saya akan bertemu sendiri mereka yang telah menyokong saya sejak 7 tahun lalu, Stadium Nasional bakal jadi saksi dengan kemunculan kali pertama saya di sana," tegas Ziyad.

Beraksi kali pertama dalam Sukan Sea yang berlangsung di laman sendiri beri pengertian berbeza buat Ziyad.

"Ini benar-benar sebuah penghormatan untuk saya," bersahaja tetapi cukup mendalam maksud anak jati Selangor ini.

Dalam rasa gementar berhadapan saingan bagi acaranya yang akan berlangsung genap seminggu dari hari ini (Selasa - 22 Ogos), Ziyad akui dia sudah ada bayangan cabaran dari negara mana yang perlu dia awasi.

"Saya dari atlet para, mereka mungkin pandang mudah dengan kemampuan saya, tapi saya tiada masa untuk berasa kerdil, jawapan saya mudah, ini adalah rumah saya."

Perwatakan Ziyad pada mata penulis cukup sempurna, malah susunan katanya begitu beremosi sehingga pada satu ketika ia cukup berbekas di hati penulis.

Luahan rasa atlet ini sampai ke jiwa mana-mana individu yang pernah berinteraksi dengannya dan itulah keistimewaan lain yang ada pada insan yang bernama Ziyad Zolkefli ini.

Advertisement

Must Watch Video