Skip to main content

Rencana

Wilshere azam kebangkitan

jack-wilshere-cropped_1f3vzgee3l38y1taizjp67kcsv.jpg
Nama Jack Wilshere satu ketika dulu pernah dicanang sebagai bintang harapan masa depan bola sepak England.

Pemain yang melakukan penampilan sulung di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Arsenal ketika berusia 16 tahun, 256 hari pada 2008.

Namun, beberapa siri kecederaan tampak membataskan potensi awal yang dijelmakan pemain kelahiran Stevenage ini.

Masalah kecederaan juga turut membataskan penampilan pemain ini bersama skuad kebangsaan England kepada hanya 34 cap antarabangsa.

Kini bersama West Ham sejak 2018, Wilshere hanya berupaya melakukan 16 penampilan dan tidak beraksi sejak Oktober lalu kerana kecederaan pangkal paha.

Dalam temubual khas bersama Stadium Astro baru-baru ini, Wilshere akui perjalanan kariernya di West Ham tidak selancar yang diinginkannya.

“Ia (penghijrahan ke West Ham) tidak berjalan seperti yang saya mahu, saya tidak bermain dalam banyak perlawanan.

“Saya mahu meletakkan karier saya kembali ke landasan tepat, serta kembali berasa seperti seorang pemain bola sepak”, kata Wilshere kepada Stadium Astro.

Bagi penulis, tidak dinafikan Wilshere seorang pemain yang mempunyai bakat tetapi beberapa siri kecederaan yang dialaminya sepanjang kerjaya jelas memberikannya kesukaran.

Namun, sekurang-kurangnya Wilshere masih mempunyai keazaman tinggi beraksi di EPL.

Terdapat beberapa pemain EPL juga sebelum ini yang bersara pada usia yang muda kerana tidak dapat lagi berjuang menangani masalah kecederaan.

Wilshere juga baru berusia 28 tahun dan tidak mustahil, dia mampu bangkit semula dalam kariernya apabila saingan EPL bersambung semula selepas ditangguhlan sejak Mac lalu kerana epidemik Covid-19.

Tempoh rehat yang panjang di EPL kini, mungkin mampu menjadi hikmah buat Wilshere menjalani proses pemulihan daripada kecederaannya serta berusaha untuk mendapatkan semula tahap kecergasan.

Wilshere mengharungi musim yang baik pada 2016/17 ketika dipinjamkan Arsenal kepada Bournmouth.

Namun, Wilshere turut mengalami kecederaan ketika bersama Bournmouth sebelum kembali ke Arsenal musim berikutnya dan kemudian dilepaskan secara percuma ke West Ham.

Advertisement

Must Watch Video