Sukan Olimpik London 2012...
Betapa sukarnya untuk menemubual penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi yang ketika itu jadi tumpuan wartawan antarabangsa kerana menyertai temasya Olimpik dalam keadaan mengandung.
Namakan semua stesen terkenal, CNN, BBC, Sky News atau ESPN - semuanya sibuk mendapatkan ruang untuk menemubual Suryani.
"Semangat yang menakjubkan. Jarang sekali atlit sanggup ambil risiko mewakili negara dalam keadaan mengandung kerana ia boleh menjejaskan ibu dan bayi.
"Dia akan jadi kebanggaan Malaysia," kata wartawan BBC yang saya temui di perkampungan sukan, bersebelahan Stesen Antarabangsa Stratford.
Lima tahun kemudian, Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
Dua atlit wanita negara sanggup ambil risiko sama, seorang daripadanya mengandung lima bulan.
"Satu kebanggaan untuk beraksi demi negara walaupun saya sarat mengandung. Saya faham risiko yang akan dihadapi tetapi selepas berbincang dengan suami dan keluarga, saya nekad meneruskan cabaran ini.
"Ketika berlatih dan bertanding, saya memberitahu kepada diri sendiri supaya tidak memikirkan kepada kandungan ini dan ia bukan halangan untuk saya mencapai matlamat. Mungkin kandungan ini membawa tuah kepada saya," kata Quzandria Nur Mahamad Fathil.

Apa yang menarik, dia menyumbang emas dalam acara dressage individu dan berpasukan termasuk menewaskan abangnya, Qabil Ambak selaku pilihan utama acara individu.
Cerita hampir sama di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Pemain tengah wanita negara, Noor Hasliza Ali tidak tahu dia mengandung 5 minggu ketika turun mempertahankan pingat emas.
Jurulatih negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah: "Saya lihat dia agresif sepanjang Sukan Sea. Saya syak sesuatu dan selepas tamat temasya, dia datang bertemu saya menyatakan hasrat tarik diri kerana mengandung," katanya.
Hasliza: "Saya tidak sedar mengandung ketika Sukan Sea. Mujur kandungan saya kuat, dapat bersama saya merangkul emas. Saya akan berehat hingga April tahun depan dan akan kembali untuk menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia," katanya.
Tahun lalu saya pernah menulis mengenai betapa gagahnya wanita Thailand apabila Sukanya Srisurat dan Sopita Tanasan rangkul emas angkat berat Sukan Olimpik Rio 2016.
Namun, wanita Malaysia gagah perkasa - raih emas Sukan Sea dalam keadaan mengandung