Skip to main content

Rencana

Wan Wah angkat kaki ke Jepun

lee-wan-wah_1.jpg
Terlalu kuat tarikan badminton Jepun yang membuat bekas pemain bergu lelaki negara, Lee Wan Wah menerima tawaran Persatuan Badminton Jepun. 

Kini Jepun kuasa terbesar badminton sudah mengintai bekas pemenang pingat gangsa 2 kali dalam bergu lelaki di Kejohanan Badminton Dunia, Disember lalu. 

Pasangan Wan Wah yang meletakkan bergu lelaki Malaysia di peta dunia, Choong Tan Fook sudah lama berhijrah ke Hong Kong untuk menjadi jurulatih. 

Setelah mengemudi akademi badminton sendiri, Wan Wah berasa sudah sampai masanya untuk berkhidmat di luar negara buat kali pertama. 

“Tujuan utama ke Jepun untuk memperluaskan lagi skil kejurulatihan dan menerima cabaran baru dalam karier. Untuk berada bersama pasukan badminton yang digeruni dunia termasuk kuasa tradisi, China merupakan satu pengiktirafan besar buat diri saya”, kata Wan Wah melalui perbualan telefon. 

Tambahnya lagi, “Anak-anak saya pun dah boleh berdikari dan isteri serta keluarga memberi semangat untuk saya ke Jepun untuk pembangunan karier dan diri. Kontrak setahun mungkin akan dilanjutkan jika semuanya berjaya di sana nanti”.

Diajak pengendali pasukan Jepun, legenda badminton Park Joo Bong pada Disember 2018 untuk membimbing pasukan remaja lelaki bermula Januari 2019, Wan Wah agak terkejut dan hanya bersetuju untuk berkhidmat pada April 2019. 

Apapun Malaysia kehilangan seorang lagi jurulatih bertaraf dunia selain Jeremy Gan juga di Jepun, Tan Kim Her di India dan Wong Tat Meng di Scotland, Wan Wah bangga jurulatih badminton Malaysia diiktiraf dan dihormati pasukan di dunia. 

Nampaknya, Malaysia tidak asing lagi muncul negara pengeksport jurulatih badminton berwibawa di dunia.
 

Advertisement

Must Watch Video