Kelab besar seperti Manchester United dilihat turut terjejas dari segi kewangan dengan pandemik penularan wabak covid-19 yang masih belum ditemui penyelesaiannya.
Penangguhan liga sejak pertengahan Mac lalu ternyata memberikan kesan kerana ketiadaan perlawanan, menyaksikan tiada penyokong di stadium, tiada hak penyiaran dan berkurang pendapatan. Biarpun United masih belum melakukan pemotongan gaji dengan pemain dan staf mendapat gaji penuh seperti biasa, pihak pengurusan kelab tidak menafikan bahawa langkah penjimatan akan dilaksanakan andai masih tiada kata putus tentang aksi liga. Lama mana nak bertahankan pakai duit simpanan kelab.
Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward menegaskan The Red Devils mungkin terpaksa melupakan hasrat mahu berbelanja besar bagi mendapat pemain ternama kesan dari pandemik yang sedang melanda. Sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa pemain seperti Harry Kane, Jadon Sancho dan James Maddison berada dalam radar untuk memperkuatkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjer. Penyerang prolifik England, Harry Kane dijangka bakal menjadi pemain termahal di dunia jika menyertai United dengan nilai 200 juta pound, namun dengan keadaan dunia semasa, United mungkin terpaksa berfikir dua kali dengan harga yang perlu dibayar.
Malah, bekas pemain United, Rafael Da Silva yang kini beraksi di Ligue One Perancis menyarankan agar United tidak berbelanja terlalu mewah, sebaliknya cuba mendapatkan pemain yang mahu bermain untuk pasukan dan mempunyai semangat juang tinggi seperti bekas rakan sepasukannya, Javier Hernandez. Rafael memuji disiplin dan sikap pemain penyerang Mexico itu semasa berada di Old Trafford,selain United tidak perlu membayar mahal sewaktu mendapatkan Chicarito.
Disaat penyokong Manchester United masih berteka-teki siapa pemain baru yang bakal dibawa masuk pada jendela perpindahan nanti, Woodward tanpa berselindung tidak menolak kemungkinan mungkin tiada pemain bintang bakal menyertai United, dan mungkin juga tiada lagsung pemain baru yang akan dibawa masuk.
Jika United yang merupakan antara kelab terkaya di dunia pun turut terjejas, bayangkan apa akan berlaku kepada pasukan-pasukan kerdil lain terutamanya di Malaysia. Semoga segala kekusutan yang melanda arena sukan negara segera kembali pulih dalam masa terdekat. :(