Lihat foto ini. Apa yang boleh anda tafsirkannya sebagai seorang penyokong Manchester United? Barangkali apa pula tanggapan penyokong Liverpool?
Komen-komen di media sosial menghadirkan tafsiran yang berbeza-beza – daripada menyerlahkan keyakinan baru United akhir-akhir ini, keangkuhan yang tidak pun bertempat hinggalah kepada melaungkan amaran kepada Liverpool bahawa tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) miliknya kini semakin tergugat.
Demikianlah rancaknya reaksi ramai hingga pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, terpaksa tampil memperjelaskan keadaan bahawa ia tidak lebih daripada cerminan keterujaan pemain pertahanannya, Eric Bailly, sendiri yang kembali meraih tempatnya dalam kesebelasan utama.

Pada minit terakhir pertemuan dengan Aston Villa yang didahului United 2-1 di Old Trafford awal pagi semalam, Bailly merebahkan badannya untuk menampan percubaan Keinan Davies dari jarak 10 ela untuk memastikan tuan rumah itu tiga mata lagi.
Sambil ramai yang teruja menyaksikan reaksi pemain-pemain United terhadap Bailly sejurus wisel penamat dibunyikan, gelagat pemain pertahanan itu yang melutut sambil berteriak meraikan kemenangan, harus lebih menjadi tumpuan.
Ia juga adalah penghujung kepada rentetan empat perlawanan berturut-turut yang diharungi pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 26 tahun itu sepanjang 90 minit – kali pertama sejak September 2017 -- selepas kerap cedera sebelumnya.
Bailly, yang hanya ditampilkan semula Solskjaer ketika menyingkirkan Everton 2-0 dalam suku akhir Piala Carabao, 24 Disember lalu, telah menubuhkan gandingan mantap bersama Harry Maguire sepanjang ketiadaan Victor Lindelof.
Namun, apa yang lebih penting ialah United kini menghimpun jumlah 30 mata yang sama dengan Liverpool sekurang-kurangnya sehingga awal pagi Selasa ini apabila juara bertahan itu berkunjung ke Southampton, disusuli perhitungan Liverpool-United di Anfield pada tengah malam 17 Januari nanti.
“Tentunya saya amat gembira dengan kedudukan terkini kami,” kata Solskjaer seperti dipetik akhbar Manchester Evening News. “Ia suatu perbezaan yang amat besar dengan 12 bulan lalu.
“Tapi kami perlu terus meningkat, perlu jadi lebih baik kerana akan ada banyak perlawanan yang sengit. Tapi jika kami mampu menang perlawanan seperti ini (ke atas Aston Villa), ia akan memberikan perbezaan yang sangat besar,” tambahnya.

Seperti lazimnya, peminat Liverpool harus akan memperlekehkan kenyataannya itu kerana beranggapan The Reds sukar untuk digugat.
Mereka juga harus tidak sabar menantikan pertemuan 17 Januari ini untuk meleraikan keraguan terhadap siapa yang lebih berhak terhadap hak untuk mendabik dada.
Andai pun benar, sekurang-kurangnya ada seorang tonggak Liverpool yang sedia mengakui bahawa United mampu menghadirkan cabaran.
Pemain serba boleh, James Milner, beranggapan United adalah satu-satunya pencabar yang sedang berprestasi baik.
“Kami telah keciciran mata dan setiap pasukan seakan-akan melepaskan mata. United sedang melalui satu rentetan cemerlang dan mereka barangkali adalah satu-satunya pasukan yang sedang meniti laluan cemerlang,” katanya seperti dipetik akhhbar Daily Express.
Ia akan memerlukan lebih banyak daripada United untuk mencabar kejuaraan tapi dengan Bailly kembali cergas serta memuncakkan semangat pemain-pemain United, ia harus satu bonus ketika ini.
Apa pun, segala-galanya masih terlalu awal kerana musim baru memasuki Januari tapi United yang sedang memuncak, tidak mampu dipandang pencabar dengan sebelah mata.

Eric Bailly with a crucial block! #mufc pic.twitter.com/TNDsw9poYW
— United Goals ⚽️ (@UnitedGoals__) January 1, 2021