Ada yang cuba seumur hidup untuk menjuarai kejohanan idaman mereka.
Ada pula yang selangkah kaki lagi namun berkali-kali dikecewakan.
Pengajarannya jangan berputus asa.
Tanya sahaja jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.
Walaubagaimanapun, adakalanya tertanya juga sama ada nasib baik memainkan peranan penting dalam sukan.
Ada yang setuju tetapi kebanyakan atlet elit tidak percaya 'nasib' menentukan kejayaan mereka walaupun ia mungkin berlaku dengan formula: usaha keras + nasib baik = kejayaaan.
Saya kagum dengan perkembangan pemain badminton Denmark Viktor Axelsen yang layak ke final kejohanan badminton dunia 2017 di Scotland.
Kejuaraan yang diimpikan oleh semua pemain perseorangan lelaki berjaya dirangkul oleh juara remaja dunia 2010 kelahiran Odense ini dan lebih manis lagi menewaskan idolanya Lin Dan di final.
Prestasi luar biasa Axelsen melihatkan pemain 23 tahun yang boleh bertutur bahasa Mandarin dengan lancar juga mengalahkan juara dunia 2 kali dan pemenang pingat emas Olimpik 2016 Chen Long di separuh akhir.
Nampaknya era Lee Chong Wei dan Lin Dan akan digantikan tidak lama lagi.
Minggu lepas juga komuniti tenis meraikan kebangkitan pemain 24 tahun Sloane Stephens yang mara ke final grand slam buat kali pertama dan menjulang trofi berprestij itu setelah menewaskan rakan sepasukan Madison Keys untuk membawa pulang $3.7 juta dolar Amerika.
Stephens juga pelajar Indiana University East melalui musim sukar tahun lalu terpaksa berehat 11 bulan kerana kecederaan kaki namun bangkit mencatat kejuaraan terbesar dalam kariernya.
Serena dan Venus Williams sebagai idolanya, Stephens muncul pemain tenis wanita berketurunan Afrika-Amerika yang terbaharu menguasai grand slam.
Apa pun, ada yang merasai kejayaan kali pertama mencuba, ada yang perlu terus mencuba.
Dalam situasi sebegini, saya percaya ikon sukan negara Azizulhasni Awang, Lee chong Wei dan Nicol David akan memberi nasihat supaya para atlet harus percaya kepada diri sendiri dan jangan berputus asa.