Viktor Axelsen menjadi juara dunia dan pemain nombor satu dunia dalam masa dua bulan.
Selain itu, pemain 23 tahun Denmark ini juga menjuarai Terbuka Jepun buat kali pertama setelah mengecewakan ikon badminton dunia, Lee Chong Wei, dalam final perseorangan lelaki.
Pemain nombor tujuh dunia, Chong wei, yang terkeluar dalam pusingan pertama Kejohanan Dunia di Scotland Ogos lalu sudah pasti kecewa kerana tidak dapat merasai kejuaraan ketujuhnya di Tokyo yang juga final ke 100nya.
Chong Wei terpaksa akur dengan kelincahan Axelsen dan tewas di final dalam masa 1 jam 15 minit.
Bermula baik pada set pertama, Chong Wei yang terkenal dengan taktikal di gelanggang tercabar dengan pukulan smash kencang Axelsen lalu tewas 14-21.
Dipuji jurulatih Tey Seu Bock kerana beraksi pada tahap sebenar untuk sampai ke final, Chong Wei bangkit daripada ketinggalan 14-17 di set kedua untuk menyamakan kedudukan.
Namun fokus yang kurang menentu serta kesilapan mudah membawa padah kepada pemain nombor tujuh dunia dari Pulau Pinang itu apabila ditinggalkan Axelsen 4-15 di set ketiga
Walaupun Chong Wei dapat mencuri beberapa mata pada saat terakhir perlawanan, ia tidak cukup untuk menghentikan kekuasaan Axelsen menutup set ke 3, 21-14 untuk menjuarai Terbuka Jepun buat kali pertama.
Kali terakhir perseorangan lelaki Denmark menjuarai Terbuka Jepun melalui Peter Gade pada 1999 dan kini negara Scandinavian itu tentu lega munculnya kuasa muda baru yang dijangka akan mendominasi badminton dunia.
Ramai peminat yang bersetuju kerana keputusan luar biasa Axelsen baru-baru ini yang menumpaskan gergasi badminton dunia seperti Lin Dan, Chong Wei, Chen Long mahupun pemain nombor satu dunia kini dari Korea Selatan Son Wan Ho.
Zaman kegemilangan tiga musuh tradisi yang juga rakan baik di luar gelanggang, duanya dari China dan seorang lagi dari Malaysia dilihat akan berakhir tidak lama lagi.
Kini giliran pemain tinggi lampai dari Eropah, Axelsen pula yang akan memahat namanya dalam kesemua kejohanan berprestij dunia.