Pada awal pagi 29 Mei lalu, dunia golf digemparkan dengan penahanan Tiger Woods berhampiran tempat tinggalnya di Jupiter, Florida dan bekas pemain no. 1 dunia itu menghabiskan empat jam di sebuah lokap Palm Beach County sebelum dibebaskan.
Woods, juara 14 kali kejohanan grand slam dan kedua terbanyak dengan 79 kejuaraan dalam Jelajah PGA, ketika itu sudah empat bulan tidak menghayun kayu golf sambil dia menjalani pemulihan daripada pembedahan belakang buat kali keempat.
Pada awal pagi yang malang itu, Tiger ditahan polis kira-kira jam 3.00 pagi kerana disyaki memandu di bawah pengaruh bahan terlarang. Dia ketika itu berbaju T lengan panjang putih, apa lagi kalau bukan jenama Nike.
Ketika ditahan, dia didapati tertidur di dalam kenderaan SUV Mercedes-Benznya yang berhenti secara mencurigakan berhampiran bahu jalan dengan tali pinggang keselamatannya masih terpasang dan enjinnya tidak dimatikan. Juga terdapat kesan kemik di luar bahagian pemandu.
Ketika disoal polis peronda, Woods mendakwa dia dalam perjalanan pulang dari California tetapi tidak tahu di mana dia berada ketika itu.
Laporan polis juga menyebut Tiger terkial-kial ketika disuruh berdiri dengan sebelah kaki dengan meletakkan jari telunjuk ke hidungnya. Seterusnya disuruh melafazkan abjad secara terbalik, pemain golf itu bermasalah untuk memahami arahan berkenaan dengan memikirkan dia dihendaki menyanyikan lagu kebangsaan secara terbalik.
“Tindak balasnya lambat dan suaranya terketar-ketar,” kata laporan polis itu yang membayangkan kepada rasa syak dia memandu dalam keadaan mabuk. Namun, ujian ‘berathalyzer’ ke atasnya mendapati dia negatif daripada pengaruh alkohol.
Ujian sampel air kencingnya kemudian mendedahkan kandungan THC, sejenis bahan aktif ganja, dua ubat penahan sakit Vicodin dan Dilaudid serta dua ubat penenang Xanax dan Ambien di dalam sistemnya.
Woods, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang yang sama, berkata: “Saya memahami beratnya kesalahan saya dan bertanggungjawab sepenuhnya. Saya mahu orang ramai tahu keadaan saya bukan disebabkan pengambilan alkohol.
“Apa yang berlaku adalah tindak balas tidak dijangka terhadap preskripsi ubat-ubatan. Saya tidak sedar campuran ubat-ubatan telah menjejaskan saya dengan begitu teruk.
“Saya sedar kini ia adalah satu kesilapan untuk mengambil ubat-ubatan berkenaan tanpa pengawasan doktor.
“Saya ingin memohon maaf dengan seluruh hati saya kepada keluarga saya, sahabat-sahabat dan peminat semua. Saya akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan keadaan ini tidak akan berulang lagi.”
Barangkali ini juga yang menjadi alasan kepada penyebaran berita palsu mengenai kematiannya seminggu lalu, kononnya kerana pengambilan ubat penahan sakit yang terlebih dos.
Woods sehingga ini tidak bertanding selama empat bulan dan terkeluar untuk baki musim ini sejak pembedahan terhadap belakangnya di Texas pada 20 April lalu.
Di sebalik menduduki kedudukan no. 1 lebih lama daripada mana-mana pemain lain, dengan kesakitan dan siri pembedahan terhadap belakangnya, Tiger harus menyedari tiada jalan mudah untuknya kembali – bukan saja untuk bertakhta semula – malah untuk membuat kehadiran di lapangan golf sekalipun.
Bersambung: Woods tekad kembali daripada ‘kematian’