Skip to main content

Rencana

Terus berjuang, kami tunggu!

michael-schumacher.jpg
Bagi penggemar sukan Formula 1 (F1), sudah tentunya ingin mengetahui bagaimana nasib lagenda F1 Michael Shumacher serta perkembangan terkini beliau selepas terselamat dari kemalangan yang hampir meragut nyawanya 4 tahun lepas.

Jika diimbas kembali, kejadian yang merubah hidup juara dunia sebanyak tujuh kali itu berlaku pada 29 Disember 2013 apabila beliau bersama anaknya berada di pergunungan Alp untuk bermain ski. Nasib tidak menyebelahi, beliau terjatuh dan terhantuk kepala di permukaan batu. Walaupun beliau memakai pelindung kepala, keadaan kecederaan yang dialaminya amat teruk sehingga menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma untuk jangka masa yang lama.

Lagenda F1 itu dimasukkan ke Hospital Grenoble dan terpaksa diletakkan dalam keadaan koma serta menjalani dua pembedahan besar bagi menyelamatkan nyawanya.

Pada April 2014 Schumacher berpindah ke sebuah hospital di Lausanne, Switzerland, sebelum dibawa pulang pada September 2014.Setelah dibawa pulang ke rumah, perkembangan Shumacher menjadi misteri dan tanda tanya oleh orang ramai. Isteri Shumacher, Corrina Betsch berharap agar peminat memahami situasi yang dialami dan berkata perkembangan Shumacher terpaksa dirahsiakan demi kepentingan lagenda itu sendiri bagi mendapatkan rawatan yang terbaik.

President FIA( Fédération Internationale de l'Automobile) yang juga bekas majikan Shumacher Jean Todt berkata, 
"Kami merindukan Michael. Dia ada di sana, masih berjuang dalam pertarungan. Michael adalah seseorang yang sangat istimewa.Beliau adalah sebahagian dari diri saya," kata Todt.
Max Verstappen pemandu F1 pasukan Redbull telah menyatakan kekagumannya terhadap Michael Schumacher, dengan mengatakan lagenda itu mempunyai jiwa pejuang. Dia melakukan segala-galanya untuk menang. Ini telah terbukti apabila beliau masih lagi bertahan walaupun keadaannya masih tidak pulih.Max juga merupakan rakan rapat kepada keluarga Shumacher, sering bercuti bersama ketika usia kanak-kanaknya dan menjadikan Shumacher sebagai inspirasinya untuk berjaya dalam sukan Formula Satu.

Apapun kita harapkan dan akan menunggu berita yang baik dari perkembangan lagenda F1 dunia itu.

Advertisement

Must Watch Video