Melihat Nur Dhabitah Sabri dijulang di udara saat dia menyalakan Obor yang membakar semangat perjuangan Malaysia di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, tersentak emosi seketika.
Benarlah Malaysia negara yang luar biasa, kalau ada yang masih belum sedar, tanggal 19 Ogos 2017 ASEAN menjadi saksi kemampuan sebenar kita sebagai sebuah negara.
Keramat nyalaan obor Kl2017 kekal sebagai kenangan abadi yang akan saya bawa sehingga hujung hayat dan sebelum waktu itu akan saya sampaikan kepada generasi akan datang.
Begitulah cerminan bagaimana legasi diteruskan atlit negara,Hoki daripada Datuk Mirnawan Nawawi kepada Faizal Saari,Badminton daripada Datuk Razif Sidek kepada Goh Jin Wei dan terjun daripada Bryan Nickson Lomas ke Dhabitah.
Kalau diajukan pandangan,setiap daripada atlit negara yang bertanding di KL 2017 layak untuk diberi tanggungjawab melengkapkan elemen paling simbolik dalam sukan temasya.
Simbolik, itulah nilai yang memahalkan pemilihan Dhabitah sebagai pelengkap upacara perasmian Kl 2017,kerana legenda akan sentiasa dikenang tetapi bakat muda yang perlu meneruskan amanat memikul maruah negara di pentas dunia.
Terbang tinggi Dhabitah dalam membawa nama Malaysia sehingga satu hari nanti obor yang dijulang akan anda serahkan kepada pewaris legasi sukan Malaysia.