Melihat dan membaca perkembangan mutu negara sebagai penganjur Sukan Sea edisi ke-29 setakat ini di laman sosial mahupun bicara daripada jalanan membangkitkan pelbagai reaksi emosi.
Itu belum masuk kritikan pedas media negara lain yang tidak akan berkompromi dalam menawarkan realiti KL2017 juga termasuk cerita kurang enak daripada kontinjen lain berhubung pelbagai
kekurangan pra dan pasca pertandingan.
Ketika membuak untuk melontarkan bidasan tersendiri mata saya mengelamun singgah kepada nukilan laungan keramat KL2017 “Bangkit Bersama” yang menghiasi venue kriket di Kinrara Oval,lokasi liputan saya untuk hari ini.
Memikirkan kembali slogan "Bangkit Bersama”,pada sifat permukaannya adalah untuk Asia Tenggara bersatu dan mengenepikan ideologi berbeza menerusi sukan.
Tetapi saya percaya “Bangkit Bersama” membawa erti lebih besar buat kita 32 juta rakyat Malaysia yang juga berdepan pelbagai cabaran dan perbezaan pendangan setiap hari.
Menjadi media negara penganjur adalah pengalaman unik buat saya dan pastinya rakan daripada agensi lain memandangkan status kami sebagai duta kecil di samping atlit,jurulatih pegawai dan sukarelawan.
Rakyat Malaysia,tiang sandaran sukan tanah air,kami juga memerlukan anda untuk menawarkan peringatan kepada saudara ASEAN yang lain mengapa kita adalah bangsa yang luar biasa.
Kita bangsa Malaysia,berupaya menawan yang terbaik dalam pelbagai bidang terutama sukan dan hanya segelintir boleh idamkan selepas menyaksikan kemampuan atlit kita menumbangkan elit dunia.
Tidak kira daripada lenggok badan mahupun tutur kata,anda berupaya memainkan peranan dalam membantu media dan atlit ASEAN lain yang berkunjung jika pertolongan yang mereka perlukan.
Di media sosial,baca dan hadam setiap perkembangan negatif dan positif sebelum menjatuh hukum kepada pihak yang bertungkus lumus menjayakan Sukan Sea kali ini.
Mereka lebih kecewa jika gagal menghadirkan yang terbaik buat tetamu memandangkan taruhan tugasan mereka adalah keseluruhan maruah Malaysia sebagai satu negara.
Tenang dengan kritikan,ayuh bangkit bersama buktikan mengapa Malaysia luar biasa.