Skip to main content

Rencana

Tagliafico ganti Alba?

nicolastagliafico.jpg
Jika bercakap soal Barcelona, pastinya tumpuan terarah kepada deretan trofi domestik memandangkan kali terakhir mereka mengungguli Liga Juara-Juara Eropah pada 2015.

Selain gagal menjulang kejuaraan terbesar Eropah itu, Barca juga berdepan pelbagai isu sehingga menimbulkan spekulasi pemain akan meninggalkan pasukan termasuk kapten, Lionel Messi.

Messi sebelum ini membidas kenyataan pengarah kelab, Eric Abidal, yang mengkritik tahap disiplin skuad Barca sehingga menyebabkan pemecatan bekas pengurus, Ernesto Valverde.

Di atas padang, Barca dilihat berdepan masalah di pelbagai posisi, sukar mencari pengganti pemain berpengalaman yang sekian lama memperkuatkan kelab Catalan itu.

Salah satunya adalah bek kiri, di mana mereka masih gagal menemui pengganti Jordi Alba tatkala pertahanan Sepanyol itu kini berusia 31 tahun selain kehadiran Junior Firpo daripada Real Betis tampak belum bersedia menggalas tanggungjawab itu.

Justeru, Barca bimbingan Quique Setien itu dikhabarkan bakal mendapatkan khidmat tonggak Ajax, Nicolas Tagliafico, dan Mundo Deportivo selepas kelab Belanda itu sedia melepaskan khidmat pemain Argentina itu sebelum menyekat sebarang perpindahan pada awal musim.

Setakat ini, Tagliafico jelas cemerlang bersama Ajax -- walaupun saingan kini ditangguhkan akibat coronavirus -- apabila sudah meledak lima gol dan tujuh bantuan jaringan sambil memastikan gawang pasukannya tidak dibolosi dalam 38 perlawanan.

Kontraknya bersama Ajax masih berbaki dua tahun sekali gus membuatkan kelab bimbingan Erik Ten Hag itu tidak tertekan untuk melepaskannya menerusi sejumlah yuran perpindahan yang berbaloi pasti mampu diraih.

Persoalannya, dengan pelbagai masalah yang melanda pasukan, mampukah Barca meyakinkan Tagliafico untuk ke Sepanyol dan menggantikan Alba?

Advertisement

Must Watch Video