Skip to main content

Rencana

Tabik spring Singa Utara

asiana-58944.jpg
Bukan semua pihak akan mendapat keberuntungan seperti Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang memiliki barisan pemain dengan profesionalisme tinggi.

2 bulan tanpa gaji, ada rakan yang sudah angkat kaki, barisan pemain yang tinggal pula dihujani persoalan tentang masa depan mereka dari penjuru kanan dan kiri.

Tetapi, keputusan yang diberikan skuad bimbingan Manzoor Azwira pada aksi kedua Liga Perdana menentang Uitm FC tergambar sempurna - seolah tiada apa yang membebani.

Sebulan dua tak bayar komitmen bulanan seperti ansuran kereta, pihak bank mungkin okay lagi.

Masuk bulan ketiga apakah nasib yang menanti.

Itu belum sentuh kebajikan anak dan isteri.

Wang simpanan sudah pasti talian hayat pertama yang dicari.

Takkan sampai tahap menunggu ahli keluarga dan sahabat handai pula beri simpati.

Silap-silap ada pula yang terdesak terpaksa cari duit mudah - ambil rasuah atau jual perlawanan membuta tuli.

Cukuplah, biar kemungkinan buruk kesan pemain tak mendapat hak sepatutnya itu berakhir disini.

Permulaan Perlis musim ini dengan penjenamaan semula pasukan dibawah pengurusan baharu itu sudah cukup mempersona ramai penyokong setia.

Jangan biarkan ia jadi sekadar janji 'Multi Level Marketing' yang hanya manis dipermulaannya.

Sayang, jika semangat dan aura sang pencabar yang kembali ditemui para pemain terhenti begitu sahaja.

Advertisement

Must Watch Video