Skip to main content

Rencana

SUKIPT datang lagi

logo-sukipt-20070.png
Tahun 2018 bakal menyaksikan Sukan Institusi Pengajian Tinggi(SUKIPT) edisi ke empat dilangsungkan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) selaku universiti yang dipilih sebagai tuan rumah. Temasya sukan universiti itu akan bermula pada 2 hingga 10 Februari nanti.

Sebelum ini, dalam tiga edisi terdahulu SUKIPT telah diadakan di Universiti Putra Malaysia,Universiti Teknologi Mara, dan Universiti Teknologi Malaysia Johor. 

Ketika ditanya tentang pemilihan UKM sebagai tuan rumah, Mohd Farid Dewan selaku setiausaha SUKIPT 2018 berkata, kapabiliti UKM sebagai penganjur temasya sukan dilihat menerusi kejayaan penganjuran Karnival sukan MASUM tahun lalu. 

SUKIPT kali ini menyaksikan penambahan acara yang membawa kepada jumlah 27 acara bakal dipertandingkan. Bilangan atlet yang mengambil bahagian juga hampir 5000 orang yang terpilih dari 78 institusi pengajian tinggi secara keseluruhan.

Menyebut tentang lokasi pula, 80 peratus daripada acara sukan akan diadakan di UKM sendiri. Namun beberapa acara seperti bowling,lawan pedang dan menembak akan mengambil tempat luar dari UKM.

Antara cabaran bagi penganjuran SUKIPT 2018 adalah ketika penyediaan venue yang perlu mencapai piawaian dan berkualiti. 

Antara acara bakal dipertandingkan sudah semestinya ibu sukan ,bolasepak, bola tampar pantai,bowling dan berbasikal.

Sudah pasti ini merupakan cabaran baru bagi UKM sebagai penganjur temasya sukan yang melibatkan 8000 orang termasuk atlet dan pegawai sukan.

Advertisement

Must Watch Video