Tumbang pada perlawanan pertama berdepan Filipina dengan keputusan 2 -1, skuad bola sepak wanita negara terus dirundung malang apabila dibelasah Myanmar dengan keputusan 5 – 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
Jika pada perlawanan bertemu Filipina skuad negara mampu memberikan saingan, situasi berbeza dilihat apabila Myanmar berjaya mendominasi bola sejak wisel ditiupkan.
Biarpun dibarisi pemain-pmain tonggak seperti Masturah Majid, Nurul Azurin, Fedalliah Claritta dan juga penjaring gol sewaktu berdepan Filipina Dadree Rofinus, skuad kendalian Aysraaf Abdullah ternyata buntu apabila setiap pergerakan yang dirancang mudah dipintas pihak lawan yang ternyata mempunyai kualiti yang berbeza.
Tidak dinafikan, pemain-pemain bola sepak wanita negara telah memberikan yang terdaya sewaktu menyarung jersi negara, namun segalanya seolah-olah tidak menjadi buat mereka.
Dalam pertemuan berdepan Myanmar, Malaysia dibolosi hasil jaringan sendiri Nur Athirah Farhana sebelum Myanmar terus mengamuk dengan menambah empat lagi gol.
Dua kekalahan dan bakal bertemu Thailand selepas ini, misi menggapai pingat di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 tampak sukar untuk diterjemahkan berdasarkan situasi semasa.
Untuk menang bertemu Thailand adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk berlaku berdasarkan prestasi semasa mereka, namun Dayang masih optimis dan percaya skuad wanita kita mampu untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam pertemuan itu nanti.
Dayang doakan agar pemain-pemain wanita bola sepak negara mampu untuk kembali bangkit bersama dan mampu melakukan kejutan dalam aksi bertemu Thailand pada Ahad.
Kredit gambar: Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)