Skip to main content

Advertisement

Rencana

Sukan pemacu ekonomi negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

astro-4k-uhd-1.jpg

Sejak dari dulu lagi, sukan telah menjadi kegiatan normal dalam kehidupan masyarakat kita. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menyedari bahawa industri sukan adalah besar nilai serta impaknya dan ianya mula berkembang di negara kita. Namun, ada juga sesetengah pihak yang masih memandang rendah terhadap kerjaya yang melibatkan bidang sukan.

Industri sukan bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk yang berkaitan sukan semata-mata, tetapi turut membabitkan pelbagai komponen lain. Ini termasuklah dari segi perkhidmatan, perubatan, sains sukan dan pelancongan yang berteraskan atlet, masyarakat serta aktiviti sukan itu sendiri di mana sasaran utama adalah menjana keuntungan.

Advertisement

Pada tahun 2017, Malaysia merupakan tuan rumah dalam penganjuran temasya sukan yang cukup dikenali iaitu Sukan SEA. Penglibatan dari negara-negara luar yang menyertai temasya ini cukup memberansangkan. Melalui penganjuran temasya seperti ini, negara-negara yang terlibat secara tidak langsung telah melabur di negara kita. Seperti, pertukaran mata wang asing, menyewa hotel-hotel sebagai tempat penginapan dan lain-lain. Sejurus itu, aktiviti ini secara amnya telah membantu memperkembangkan ekonomi negara.

Selain itu, wujudnya agensi-agensi yang menjadi pembekal produk dan perkhidmatan sukan di negara kita juga menjadi punca pendapatan bagi ekonomi negara. Pada pendapat saya, agensi-agensi ini sewajarnya menjalinkan hubungan lebih erat dengan pengeluar atau pembekal produk sukan dari luar negara. Hal ini dapat membantu meningkatkan dan memperkembangkan mutu penjualan produk di negara kita sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.

Tuntasnya, sukan bukan sahaja berkenaan dengan aktiviti sukan dan rekreasi mahupun aktiviti yang menyihatkan tubuh badan namun, sukan juga merupakan industri penting yang akan memberi impak positif yang ketara dalam membantu ekonomi negara membangun dengan pesat.

Must Watch Video