Arsenal mengalami permulaan musim yang buruk bagi saingan 2017/18 selepas hanya mengutip tiga mata daripada tiga perlawanan.
Empat jaringan berbalas lapan bolos bukan satu rekod yang dimahukan oleh peminat The Gunners tetapi realitinya, Liverpool berpesta gol apabila memalukan Arsenal dengan keputusan 4-0, semalam.
Kalah atau menang, itu menjadi lumrah bola sepak, namun beberapa keputusan yang dilakukan pengendali, Arsene Wenger, adalah sesuatu yang memeranjatkan.
Hector Bellerin di bahagian sayap pertahanan kiri, Nacho Monreal bertindak selaku pertahanan tengah dan tindakan berani mempertaruhkan Danny Welbeck di barisan depan berbanding memilih pemain yang baru tiba ke Arsenal melalui perpindahan tertinggi kelab, Alexandre Lacazette, jelas bukan satu keputusan yang bijak buat Wenger.

Tatkala The Gunners memerlukan mata penting ketika bertemu pasukan elit, Wenger lebih berani meletakkan kepercayaan buat Welbeck – yang hanya menjaringkan dua gol di peringkat liga pada musim lalu – berbanding Lacazette yang menjaringkan 37 gol keseluruhan musim lepas.
Alasannya, trio Welbeck-Mesut Ozil-Alexis Sanchez menampilkan aksi yang sering memberikan impak besar dalam setiap perlawanan musim lalu walaupun satu fakta yang pasti dipersetujui oleh peminat Arsenal bahawa sebenarnya Olivier Giroud yang banyak memainkan peranan dalam menyelamatkan Arsenal pada saat-saat akhir sejak beberapa musim lalu.
Begitu juga dengan Bellerin -- pemain yang menyinar pada musim lepas sebagai pertahanan kanan sehingga menarik minat Barcelona untuk mendapatkan khidmatnya –terpaksa menjadi korban Wenger dan diletakkan di bahagian kiri, mungkin hanya kerana mahu meyakinkan Alex Oxlade-Chamberlain bahawa ada tempat untuknya dalam kesebelasan utama dan tidak berhijrah ke Chelsea.
Sanchez yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, turun buat pertama kali musim ini tetapi tidak mampu menghadirkan sebarang ancaman kepada Liverpool sehingga terpaksa dikeluarkan pada minit ke-62.
Ternyata, dia tidak menyembunyikan perasaan kecewanya ketika digantikan oleh Giroud, namun hanya boleh memberikan senyuman sinis sewaktu The Kop menjaringkan gol keempat perlawanan.
Senario yang berlaku dalam aksi di Anfield semalam menyaksikan Wenger bakal berdepan satu lagi masalah, iaitu kepercayaan pemain terhadapnya selepas jutaan peminat mempersoalkan adakah dia masih relevan untuk mengemudi Arsenal, sebelum ini.
Wenger harus mula menggunakan pendekatan baru kerana atmosfera Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah jauh berubah atau mungkin dia akan kehilangan beberapa pemain utama seperti Sanchez, Oxlade-Chamberlain dan Giroud.
Sudah-sudahlah Wenger, jangan teruskan taktikal 'invincibles' yang sudah pun lapuk atau perlawanan mingguan anda akan dihantui oleh sepanduk #WengerOut sekali lagi.

I won't blame you @Alexis_Sanchez if you leave @Arsenal. You deserve better we are a joke now #AFC pic.twitter.com/bSCk1dFnLE
— Georges Assou (@georgesassou) August 27, 2017
Ternyata, dia tidak menyembunyikan perasaan kecewanya ketika digantikan oleh Giroud, namun hanya boleh memberikan senyuman sinis sewaktu The Kop menjaringkan gol keempat perlawanan.
Is that once PSG target Alexis Sanchez hiding a laugh as he watches Arsenal lose 4-0 to Liverpool? (Images: SFR) pic.twitter.com/eAjtTJ84jE
— Get French Football (@GFFN) August 27, 2017