Skip to main content

Rencana

Shareel penyerang tunggal Liga Perdana dalam skuad negara

20417shahrelpknp.jpg
Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Nelo Vingada, akhirnya mengumumkan senarai 24 orang pemain yang dipilih untuk sertai kem latihan pusat bermula 14 ogos ini bagi hadapi tiga perlawanan persahabatan kelas A.

Dan sudah pasti paling mencuri tumpuan daripada senarai panjang pelatih skuad kebangsaan itu terpahat nama penyerang muda, Shareel Fikri Md Fauzi yang beraksi untuk pasukan yang sedang meningkat naik, PKNP FC.

“Saya berasa terkejut dengan berita ini dan jujur saya tak sangka akan dipilih untuk wakili negara.”

Berita yang menggembirakan buat anak muda berusia 23 tahun ini yang merasakan tahun 2017 adalah musim terbaiknya sebagai pemain bola sepak.

Jika disingkap kembali tiga tahun lalu, sekitar tahun 2014, impian Shahrel untuk wakili negara musnah selepas laporan perubatan mengesahkan dia mengalami masalah jantung yang akan jejas kesihatannya jika beraksi atas padang.  

Lantas dia digugurkan daripada skuad Harimau Muda B, pulang ke kampungnya, dan merajuk tiga bulan tidak terlibat dengan sebarang aktivit bol asepak ekoran kisah tragik ini.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang sebegini, dan saya nak buktikan yang saya mampu buat yang terbaik. “

“Tak pernah terlintas saya akan terpilih kerana saya main dalam Liga Perdana sahaja, main pula dengan kelab baru, tiada nama, jadi saya memang tak terfikir langsung untuk berada dengan perancangan skuad negara”

Ujar Shahrel dalam perbualan telefon sebelum aksi liga perdana menentang Kuala Lumpur di Stadium Selayang pada Jumaat (4 April 2017).

Advertisement

Must Watch Video