Penghijrahan pemain Brazil, Neymar, ke Paris Saint-Germain (PSG) nyata memberikan tamparan besar buat Barcelona.
Trio MSN -- Lionel Messi, Luis Suarez, Neymar -- jelas dirindui apabila skuad kendalian Ernesto Valverde tersungkur 5-1 menerusi agregat di tangan musuh tradisi, Real Madrid, dalam aksi Piala Super Sepanyol, baru-baru ini.
Lebih memilukan, pemain pertahanan, Gerard Pique, mengakui bahawa sepanjang sembilan tahun kepulangannya dari Manchester United ke Camp Nou, detik kekalahan itu menyebabkannya berasakan Barca berada di bawah Madrid buat kali pertama, sekaligus menguatkan lagi alasan Valverde perlu pantas mencari pengganti Neymar.

Tatkala skuad Blaugrana bakal memulakan saingan LaLiga musim 2017/18 pada Ahad ini menentang Real Betis, Valverde sudah pasti tidak senang duduk, ditambah dengan kecederaan lutut kiri yang dialami Suarez ketika menentang Los Blancos yang menyebabkannya tidak dapat beraksi hampir sebulan.
Antara nama yang disebut bakal menyertai Barcelona sebelum ini adalah bintang PSG, Marco Verratti, sebelum perpindahan Neymar ke kelab gergasi Perancis itu telah mencetuskan spekulasi bahawa Barca bakal mendapatkan khidmat pemain Liverpool dan Borussia Dortmund, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele.
Bagaimanapun, tiada satu nama pun daripada yang disebutkan di atas tiba di Camp Nou, sebaliknya semalam, bekas pemain Tottenham Hotspur, Paulinho, melengkapkan perpindahannya dari pasukan Liga Super China, Guangzhou Evergrande Taobao, selepas Barca bersetuju untuk membayar klausa pelepasan pemain berusia 29 tahun itu yang berjumlah EUR40 juta (RM201 juta).
Tindakan Barca sanggup membayar klausa pelepasan tersebut mengundang reaksi negatif daripada sesetengah penyokong pasukan.
Barcelona memerlukan individu yang mampu memberikan impak besar, sama seperti yang dilakukan Neymar sebelum ini, namun Paulinho hanyalah seorang pemain yang belum tentu dapat menembusi senarai kesebelasan utama skuad kerana semua peminat bola sepak tahu, pilihan utama pasukan sudah tentu bintang Sepanyol, Sergio Busquets, di bahagian tengah.

Gagal mendapatkan Verratti dan digantikan dengan Paulinho bukanlah satu penyelesaian yang bijak daripada Valverde.
Real Madrid semakin dipenuhi dengan bintang-bintang muda yang menyinar seperti Dani Ceballos, Theo Hernandez dan Marco Asensio tetapi golongan Cules hanya akan menyaksikan pemain berusia 29 tahun sekadar memenuhi senarai pemain di Camp Nou.
Ibarat pembeli atas talian yang tertipu, lain yang diminta, lain yang dapat.

Kehadiran Paulinho dilihat sebagai satu pembelian terdesak selepas usaha juara 24 kali LaLiga itu untuk mendapatkan Paulo Dybala dari Juventus sebelum ini turut menemui jalan buntu.Barcelona spent €40 million on Paulinho... pic.twitter.com/cagC8ePRzb
— ODDSbible (@ODDSbible) August 17, 2017