Bermula di awal musim yang penuh dengan kontroversi dan bergelut dengan prestasi sehingga menimbul rasa sangsi di kalangan penyokong-penyokong Manchester United sendiri namun ia tidak memberi impak yang negatif pada diri Paul Pogba sendiri. Sebaliknya pemain yang berasal dari pinggir timur Paris, Lagny-Sur-Marne, itu terus fokus dengan misinya untuk membantu Manchester United bangkit dan tidak mempedulikan apa yang dimainkan oleh media-media utama dan media sosial berkaitan dengan dirinya. Ini kita dapat lihat sebagaimana kenyataan yang dibuat Pogba sendiri apabila menafikan spekulasi yang menyatakan beliau akan meninggalkan Man United untuk kali kedua pada jendela perpindahan nanti.
Sebagai pemain profesional Pogba bijak dalam mengawal setuasi luaran yang dihadapinya sebaliknya beliau terus menjalinkan hubungan yang baik bersama pengurus Man United, Ole Gunnar Solskjaer dan rakan-rakan sepasukannya. Inilah sikap dan jati diri seorang pemain midfield bertaraf antarabangsa yang akan meninggalkan sejarahnya pada suatu hari nanti untuk tatapan pencinta-pencinta bola sepak dunia. Dengan kejayaan yang dimiliki Pogba bersama pasukan negaranya Perancis yang menjulang Piala Dunia U20 2013, Piala Dunia 2018 serta bersama kelab Juventus yang berjaya menjulang pelbagai kejuaraan di peringkat domestik dan Eropah.
Advertisement
Tidak mustahil juga Pogba mampu membawa kejayaan pada Man United berdasarkan pretasi dirinya ketika ini dan rakan-rakan sepasukannya pada musim ini. Lihat sahaja bagaimana statistik musim sebelum ini Pogba merupakan pemain midfield Man United yang banyak melakukan assist dengan 28 hantaran dari 128 penampilan dan 28 jaringan berjaya dilakukan. Dengan statistik itu juga Pogba berjaya menggekalkan prestasinya untuk memberi aksi yang konsisten setiap perlawanan. Sokongan daripada rakan-rakan sepasukannya juga banyak membantu peningkatan prestasi Pogba.
Keyakinan dan kepercayaan pengurus Man United, Ole Gunnar Solskjaer terhadap Pogba itu juga melonjakkan prestasi Pogba sehingga Pogba berjaya melakukan jaringan yang cantik dan bertaraf dunia pada dua perlawanan berturut-turut dan membawa kemenangan yang sungguh bermakna untuk Man United kembali ke tangga teratas persada Liga Perdana Inggeris. Ini menunjukan sentuhan Pogba semakin berbisa sehingga membawa pada keyakinan bekas-bekas lagenda Man United seperti Wayne Rooney dengan prestasi Pogba ketika ini tidak mustahil Man United boleh muncul sebagai juara Liga Perdana musim ini.