Skip to main content

Rencana

Selangor masih belum terlambat

sandro-fas.jpg
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) nampaknya telah mengambil langkah yang bijak apabila segera membetulkan permasalahan mereka di bahagian serangan setelah menandatangani pemain import baru bagi menggantikan Antonio German yang gagal menunjukkan prestasi yang terbaik di sepanjang tiga perlawanan awal mereka.

Pemain import baru Selangor yang baru ini bukanlah asing buat peminat-peminat bola sepak tempatan, beliau adalah bekas pemain import Kedah iaitu Sandro Da Silva yang berasal daripada Brazil. Dengan keadaan masa yang amat terhad FAS terpaksa mengambil jalan pintas dengan mengambil kira prestasinya sebelum ini yang cemerlang ketika bersama Kedah."

Menurut Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon, keputusan mengambil Sandro dibuat dengan menilai semua perkara termasuk risiko untuk mengikat pemain baharu. Ini adalah kerana FAS perlu membayar pampasan kepada pemain yang digugurkan. Selain daripada itu, pemain baru yang melalui sesi ujian dengan baik tidak semestinya dapat bermain dengan cemerlang ketika perlawanan sebenar. Namun, itulah keadaan yang telah berlaku kepada kami. Oleh itu bagi mengurangkan risiko tersebut kami perlu mengambil pemain yang sudah ternyata kemampuannya dalam kancah Liga Malaysia.

Penampilan beliau bersama pasukan telah berjaya membantu Kedah untuk menjuarai Liga Perdana (2015), Piala Malaysia (2016), Piala Sumbangsih (2017) dan Piala FA (2017).

Beliau juga merupakan seorang pemain tengah yang digeruni oleh pemain-pemain pertahanan lawan. Sandro mempunyai rekod 100 penampilan dan telah menjaringkan 50 gol sepanjang kariernya bersama pasukan Kedah.

Selain daripada Sandro, FAS juga telah membawa dua pemain lain iaitu Khyril Muhymeen daripada Perlis dan membuat persetujuan bersama PKNS apabila Fandi Othman masuk menggantikan K. Kannan sebagai pemain pinjaman.

*kredit foto: FA Selangor

Advertisement

Must Watch Video