Skuad bola sepak bawah 22 tahun negara yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee kini berada di landasan yang tepat.
Bermula daripada kemenangan dalam perlawanan pertama, skuad ini terus mara selangkah demi selangkah untuk menggapai ibu segala pingat bagi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
Kemenangan bertemu Brunei, diikuti kejayaan menewaskan Singapura, kedua-duanya dengan keputusan 2-1, dan terbaru mereka berjaya menjinakkan Myanmar 3 – 1 untuk mengesahkan tempat dalam separuh akhir.
Ia sekaligus meyakinkan kembali kepercayaan peminat akan keupayaan skuad belia negara ini.
Keputusan Kim Swee merehatkan beberapa tonggak utama ketika perlawanan menentang Singapura ternyata membuahkan hasil apabila kesebelasan utama yang beraksi mempamerkan keyakinan dalam setiap pergerakan yang direncana.
Pujian harus diberikan tentunya kepada penjaring dua gol, N. Thanabalan, yang beraksi cemerlang selain Safawi Rasid yang turut meledakkan satu gol.
Selain mereka berdua, usaha Matthew Davies yang acap kali melakukan hantaran lintang ke kubu pihak lawan turut wajar diberikan pujian.
Biarpun bolos satu gol, kekebalan yang dipamerkan penjaga gol muda negara, Haziq Nadzli, wajar diberikan pujian kerana dia berjaya menafikan dua peluang keemasan yang dimiliki barisan penyerang Myanmar.
Datuk OKS turut mengakui bahawa barisan pemain berdepan Myanmar adalah skuad terbaiknya buat masa ini dan berharap momentum kemenangan akan dapat diteruskan untuk perlawanan berikutnya.
Dengan hanya satu lagi perlawanan peringkat kumpulan menentang Laos malam ini, Malaysia dijangka muncul juara Kumpulan A dan akan berdepan naib juara kumpulan B di peringkat separuh akhir.
Momentum kemenangan yang diraih dalam tiga perlawanan terdahulu wajar dikekalkan dan skuad bawah 22 tahun negara perlu mara selangkah demi selangkah dalam usaha untuk muncul pemenang dalam acara bola sepak.