Tahun 2017 merupakan yang terakhir buat penganjuran saingan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas 19 kali menjadi hos dalam kalendar perlumbaan sejak 1999.
Memegang rekod sebagai litar pertama di rantau Asia Tenggara untuk menganjurkan saingan F1, pelbagai kenangan pastinya tercatat untuk peminat yang datang menyaksikan perlumbaan mahupun pelumba serta pasukan yang ambil bahagian itu sendiri.
Malah edisi pertamanya sendiri iaitu pada 1999 menyaksikan bagaimana legenda Ferrari, Michael Schumacher kembali buat penampilan selepas alami kecederaan jangka panjang susulan kemalangan di Silverstone beberapa bulan sebelumnya.
Selain itu, Sepang juga menyaksikan Max Verstappen menjadi pelumba termuda dalam F1 iaitu pada usia 17 tahun untuk meraih mata kejohanan apabila dia menduduki tempat ketujuh dalam perlumbaan edisi 2015.
Bagi Kimi Raikkonen pula, dia meraih kemenangan sulung dalam karier F1 selepas mengungguli perlumbaan edisi 2003 bersama pasukan pasukan McLaren Mercedes.
Tidak seperti saingan MotoGP, sukar untuk menyaksikan wakil tempatan untuk terbabit secara langsung dalam F1.
Hanya Alex Yoong pernah mengecapinya untuk dua musim pada 2001 dan 2002 dan pencapaian itu masih belum dapat diulangi oleh pelumba lain berikutan beberapa faktor, antaranya kos yang tinggi selain kekurangan penaja yang kukuh.
Alex turut berpeluang berlumba di Sepang bersama pasukan Minardi pada 2002 tetapi gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah kotak gear dengan dia ketika itu duduki tempat ke-14.
Daripada aspek lain pula, tajaan syarikat korporat seperti Petronas mendatangkan keterujaan tersendiri setiap kali perlumbaan Grand Prix Malaysia dilangsungkan.
Dianggap sebagai perlumbaan di "laman sendiri", hanya sekali sahaja kemenangan dapat disaksikan iaitu menerusi Lewis Hamilton yang mewakili pasukan Mercedes AMG Petronas pada 2014.
Musim yang sama juga menyaksikan pasukan Caterham yang dimiliki Tan Sri Tony Fernandes menambahkan lagi elemen "pasukan tempatan" bagi perlumbaan di Sepang.
Sejurus kereta terakhir melintasi garisan penamat semasa hari perlumbaan pada 1 Oktober nanti, ia menandakan berakhirnya satu era sukan permotoran buat Malaysia.
Peluang untuk SIC terus menganjurkan saingan F1 masih belum tertutup tetapi peminat terpaksa menunggu lebih lama andai ingin kembali menyaksikan perlumbaan itu dalam kalendar FIA.