Skip to main content

Rencana

Saingan EPL Semakin Rancak!

mosalah.jpg
Aksi liga perdana inggeris sudah pun memasuki fasa kedua dimana kesemua pasukan sudah melalui lebih dari 20 perlawanan liga. Bagi peminat saingan EPL, mereka pastinya tahu bahawa aksi selepas krismas dan tahun baru adalah penentu kedudukan mereka di liga pada akhir musim nanti.

Paling mencuri tumpuan sudah pasti pasukan bimbingan Pep Guardiola yang memimpin carta liga jauh meninggalkan pasukan ditangga kedua  dan ketiga iaitu Chelsea dan Manchester United. Biarpun rekod 18 kemenangan berturut-turut berjaya ditamatkan oleh Crystal Palace, namun City tetap gah di persada liga.

Chelsea dan Liverpool pula dilihat mula mengorak langkah dengan prestasi cemerlang dan mengambil kesempatan di atas kurang konsistennya aksi skuad bimbingan Jose Mourinho.

Pasukan lain yang mencuri tumpuan sudah pasti Burnley dan juga Everton. Burnley mempamerkan aksi cukup konsisten dan biarpun tanpa pemain bintang, mereka mampu menempatkan pasukan mereka di kedudukan 10 terbaik. Everton pula selepas permulaan hambar di awal musim, mula kembali ke landasan tepat dengan mengutip mata dalam setiap perlawanan.

Kedudukan di zon relegasi menyaksikan West Bromwich Albion, Swansea City dan West Ham United bergelut di tangga tiga terbawah liga. Nasib berbeza dialami pendatang baru liga, Huddersfield dan Brighton yang mana prestasi mereka boleh dikatakan agak memberangsangkan.

Adakah Pep Guardiola akan merangkul kejuaraan liga perdana inggeris pertamanya? Adakah Johny Evans mampu membimbing rakan sepasukan di atas padang untuk keluar dari tangga terbawah liga? Dan adakah ini merupakan tahun terakhir buat Arsene Wenger?

Sama-sama kita nantikan.

Advertisement

Must Watch Video