Seiring peningkatan usia, Cristiano Ronaldo kini digambarkan media antarabangsa sebagai seorang pemain yang matang.
Goal.com dalam laporannya menyebut pemain berusia 34 tahun itu menetapi kehendak pengurusan pasukannya, Juventus dengan memimpin dan memberi contoh baik kepada rakan sepasukan.
Bukan dengan reputasi selaku pemain tonggak tetapi menerusi semangat bersaing yang positif dan segera menyesuaikan dirinya dengan tradisi The Old Lady.
Bintang Portugal ini menjaringkan gol ke-20 bersama Juventus dengan meraikannya seperti Paulo Dybala yang terpaksa mengisi bangku simpanan pada pertemuan dengan Sassuolo minggu lalu.
Dybala membalas dengan meledak gol pembukaan ketika menerima kunjungan Frosinone di Stadium Allianz dimana Ronaldo kemudiannya melengkapkan kemenangan 3-0 gergasi Serie A ini.
Situasi ini cukup berbeza dengan laporan tentang Ronaldo ketika menyarung jersi Real Madrid - terutama luahannya tentang rakan sepasukan yang gagal menyaingi rentak permainannya sehingga menyebabkan kekalahan ditangan musuh setempat, Atletico Madrid pada 2016.
“Jika mereka semua bermain pada tahap seperti saya, kami mungkin sudah memimpin liga.”
“Saya bukan mahu menyinggung hati sesiapa tetapi kami tidak akan menang tanpa pemain hebat. Saya mahu bermain dengan pemain seperti Karim Benzema, Gareth Bale dan Marcelo.”
Ironinya, beberapa hari lalu sebuah foto yang menjadi ‘trademark’ bagi bintang Real Madrid ketika berkunjung ke tempat lawan menjadi tular kerana posisi yang pernah diisi Ronaldo diantara Marcelo dan Casemiro sebelum ini digantikan Vinicius Junior - seakan petanda pemain dari Brazil itulah bintang yang dinantikan Los Blancos.
Pada pertemuan dengan Ajax di Amsterdam, Real Madrid merekod kemenangan 2-1 dengan Vinicius mempamer kualiti menarik apabila turut membantu jaringan Karim Benzema.
Manakala pada 2 aksi Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini, bekas penyerang Flamengo yang berusia 18 tahun ini berjaya membantu Real Madrid mengikat Barcelona seri dan menewaskan Atletico Madrid.
Perkembangan positif ini pantas mencuri perhatian jurulatih Brazil, Tite yang mahu mendapatkan khidmat Vinicius bagi mengisi kekosongan Neymar yang cedera pada aksi pasukan kebangsaan menentang Panama dan Republik Czech pada hujung Mac.