Skip to main content

Rencana

Rindu lapan bulan

pengsoon201217.jpg
Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon juara Masters Thailand 2018. 

Amat rindu untuk berpasangan dengan Peng Soon yang juga nadi penting kejayaan Liu Ying merangkul pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dalam beregu campuran, juga mencapai ranking terbaik nombor tiga dunia. 

Kali terakhir beraksi bersama pada April 2017, namun nasib tidak menyebelahi pemain badminton dari Melaka itu yang juga seorang model kerana mengalami kecederaan bahu. 

Terpaksa melalui pembedahan di Jerman, Liu Ying duta untuk beberapa jenama besar terpaksa menjadi penonton ketika pasangan beregu campuran tetapnya, Peng Soon, berpasangan pemain muda, Cheah Yee See, dalam separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Dalam proses pemulihan, Liu Ying baru-baru ini berkongsi pahit manis kehidupannya sebagai seorang pemain badminton dalam terbitan autobiografinya yang bertajuk ‘I am Goh Liu Ying’ dan untuk kejohanan pemanas badan, Liu Ying berpasangan dengan pemain muda, Chen Tang Jie, untuk menjuarai India International Series, dua bulan lalu. 

Kini di ranking 58 dunia, Liu Ying berasa lega dapat beraksi semula dengan Peng Soon dan dalam Masters Thailand, pasangan negara itu tampak cukup serasi walaupun masih perlu lebih banyak ‘match practice’ bagi menghadapi ujian sebenar iaitu Sukan Komanwel di Gold Coast, Sukan Asia di Indonesia dan Kejohanan Dunia di China. 

Bagi Liu Ying, penantian lapan bulan amat berbaloi bagi mendakap kejuaraan pertama 2018 bersama Chan Peng Soon.

Advertisement

Must Watch Video