Sudah hampir dua minggu temasya Sukan Sea Kuala Lumpur menutup tirai. Pasti ada yang merindui kemeriahan dan kejayaan yang diperoleh atlet-atlet negara kita bukan?
Anda ingat tak acara sukan apa yang paling awal dimulakan antara sukan-sukan lain? Semestinya sukan bola jaring yang bermula pada 14 Ogos di mana ketika itu saya yang membuat liputan di Stadium Juara Bukit Kiara daripada perlawanan pertama sehinggalah ke aksi final yang menyaksikan Malaysia berjaya rampas kejuaraan daripada Singapura untuk edisi ini.
Saya percaya anda pasti ingat wajah gadis-gadis di bawah kendalian Tracey Robinson itu kan? Siapa tidak kenal dengan atlet berwajah comel dan lincah melakukan jaringan iaitu An Najwa Azizan, Nur Fariha Abdul Razak dan juga si gadis tinggi lampai 186cm iaitu Norashikin Kamalzaman.
Tetapi selain barisan pemain negara kita, ada seorang pemain dari Singapura yang mencuri tumpuan saya sewaktu acara sedang berlangsung. Dia adalah Nurul Baizura Abdul Razak, pemain paling berpengalaman dalam pasukan yang telah menyarung jersi negaranya sebanyak 90 kali sejak tahun 2010 lagi.
Menariknya, di sebalik aksi lincahnya di gelanggang, siapa sangka gadis berusia 27 tahun ini adalah seorang guru sepenuh masa yang mengajar kanak-kanak autisme di Sekolah Autisme St. Andrew di Singapura.
Memulakan karier sebagai seorang guru sejak tahun 2012, Baizura berkongsi cabaran yang dilalui sepanjang mengajar kanak-kanak autisme ini yang merupakan pekerjaan pertamanya setelah tamat belajar.
Bukan senang ingin menjadi seorang guru sepenuh masa dan juga atlet apatah lagi pekerjaannya sangat mencabar
Berdepan kanak-kanak autisme memerlukan lebih banyak masa untuk memahami sesuatu yang diajar. Tetapi kanak-kanak itu jugalah yang menjadi kekuatan dan kecekalan kepada Baizura untuk meneruskan karier sebagai pemain bola jaring juga selagi dia mampu.
Komitmen tinggi yang perlu dipikul gadis ini juga memaksa dia untuk terus pulang ke Singapura sebaik sahaja berakhir aksi final berdepan Malaysia tempoh hari.
Membuat liputan acara-acara sebegini beri ruang kepada saya sendiri untuk mendalami kisah-kisah di sebalik atlet bukan sahaja dari Malaysia, malah dari negara lain.
Tamat temasya Sukan Sea, gadis ini tetap menanti kejohanan lain untuk berdepan skuad Malaysia sekali lagi. Dan kejohanan terdekat adalah saingan Piala Negara-Negara pada Disember depan.
Semoga berjaya skuad bola jaring Malaysia dan Singapura!