Rekod cemerlang The Red Devils sejak liga kembali bersambung selepas terhenti kerana penularan covid-19 akhirnya tercalar selepas tumbang kepada Chelsea 1-3.
Biarpun ianya merupakan perlawanan Piala FA, namun kekalahan tersebut meleburkan rekod 19 perlawanan tanpa kalah United.
Namun apa yang lebih menarik, disebalik pertukaran corak permainan dengan meletakkan lima pemai pertahanan dalam kesebelasan utama ( Maguire, Lindelof, Bailly, Wan Bissaka, Brandon William), kesemua gol Chelsea hadir daripada kesilapan mudah individu di dalam kotak penalti. Tetapi percayalah, andai kesilapan yang mengakibatkan gol itu tidak berlaku sekalipun, Dayang berasakan United tidak mampu memenangi perlawanan ini.

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer, sebelum perlawanan mengkritik jadual ketat perlawanan yang menyaksikan skuadnya tidak mempunyai rehat yang cukup, sedangkan Chelsea mempunyai dua hari lebih untuk mempersiapkan pasukan selepas perlawanan terakhir mereka.
Beraksi di Stadium Wembley, 52 peratus perlawanan dikuasai Manchester United tetapi hanya tiga percubaan tepat dapat dihasilkan. Satu-satunya gol United juga merupakan sepakan penalti yang disempurnakan Bruno Fernandes di penghujung perlawanan.
Di sebalik prestasi The Blues yang terumbang ambing ditambah pula kecederaan yang melanda N'golo Kante, Chelsea berjaya memanfaatkan kealpaan dan kesilapan penjaga gol United, David De Gea, dan gol sendiri ketua pasukan, Harry Maguire. Kekalahan ini sekali gus menamatkan perjalanan United dalam Piala FA dan Chelsea akan berdepan Arsenal dalam final selepas menyingkirkan Manchester City dalam separuh akhir.

Di sebalik kegagalan mara ke pentas final, ada berita baik dalam saingan liga apabila pasukan Leicester City tumbang 0-3 kepada Tottenham Hotspur sekali gus membuka ruang buat United meraih tempat ketiga atau keempat andai berjaya memenangi dua baki perlawanan liga.
Saingan mereka adalah pasukan Chelsea yang berkelebihan satu mata. Diharapkan jangan terciduk lagi ye ketika berdepan West Ham United dan Leicester City dalam perlawanan terakhir nanti.