Skip to main content

Rencana

Rebahnya "Braveheart"

brice-leverdez2.jpg
Sir William Wallace adalah antara figura legenda Scotland dalam memperjuangkan hak kemerdekaan dari England sekitar kurun ke-13 dan 14.

Wallace diabadikan dalam pelbagai himpunan sastera temasuk di layar perfileman menerusi karya agung Mel Gibson "Braveheart"

Wallace sinonim dengan cerminan keberanian sebenar dan semangat itu ada dalam diri jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Bertepatanlah "Braveheart" Malaysia ini mengembara ke Glasgow Scotland bagi memerdekakan diri daripada belenggu dambaan bergelar juara dunia.

Filem Mel Gibson berakhir dengan Wallace rebah sebelum dia dapat menikmati hasil perjuangannya,menyatukan Scotland dibawah satu panji.

Di Glasgow, Chong Wei buat kesekian kalinya dipaksa berputih mata dan lebih mengejutkan tersungkur awal di pusingan pertama.

Datuk, Sahabat, walau apa pun keputusan yang engkau ambil selepas ini sama ada untuk terus berjuang atau sebaliknya,Malaysia akan merestuinya.

Kaulah lambang seorang "Braveheart", Kaulah Legenda.
 

Advertisement

Must Watch Video