Pasukan hoki negara akan ke Dhaka, Bangladesh untuk mengharungi Kejohanan Hoki Hero Piala Asia dari 11-22 Oktober ini.
Pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ini adalah India, Pakistan, Jepun dan tuan rumah, Bangladesh, dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B membariskan Malaysia, Korea Selatan, Oman dan China.
Pentingnya untuk semua pasukan yang bertanding kerana juara kejohanan ini akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di India.
Seperti semua sudah maklum, pasukan negara, India dan Pakistan sudahpun layak ke Piala Dunia 2018 menerusi Liga Hoki Dunia Peringkat Separuh Akhir di London, Julai lalu.
Jadi, untuk pasukan pasukan lain yang gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 seperti Korea Selatan, Jepun dan China, Piala Asia inilah harapan mereka untuk mendapatkan satu tiket ke Piala Dunia.
Walaupun sudah layak ke Piala Dunia, pasukan hoki negara sebenarnya mempunyai sebab untuk memastikan mereka mencapai kedudukan setinggi yang boleh dalam kejohanan ini, iaitu mata yang ditawarkan untuk kedudukan ranking dunia.
Antara objektif Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) buat pasukan utama negara selain melayakkan diri ke Piala Dunia dan Olimpik 2020 ialah untuk meraih kedudukan 10 teratas dalam ranking dunia.
Ketika ini, Malaysia berjaya melangkah dua anak tangga dari kedudukan ke-14 kepada nombor 12 dalam ranking dunia di atas pencapaian cemerlang dalam Liga Hoki Dunia 2 (juara) dan tempat keempat dalam Liga Hoki Dunia Separuh Akhir di London.
Di tempat ke-11 ranking dunia adalah Kanada dengan hanya jurang perbezaan 85 mata. Di belakang Malaysia pula adalah Korea di kedudukan ke-13 dengan perbezaan 32 mata sahaja manakala di ranking ke-14 adalah Pakistan dengan jurang perbezaan 35 mata.
Jika kita ingin mengekalkan kedudukan di ranking ke-12 dunia, kita harus menamatkan Piala Asia ini di kedudukan lebih tinggi daripada Pakistan dan Korea.
Jika Malaysia layak ke perlawanan akhir, kita bukan sekadar berjaya mengekalkan kedudukan tetapi boleh memintas Kanada kerana dalam Kejohahan Benua Pan-Amerika, Argentina pasti keluar sebagai juara jika melihat prestasi mereka ketika ini.
Kanada mungkin berpeluang menjadi naib juara, akan tetapi mata yang diberikan dalam Kejohanan Piala Pan-Amerika kurang berbanding tempat kedua dalam Piala Asia.
Ketika ini, kesemua 28 pemain pemain dalam skuad utama kebangsaan berada dalam kondisi terbaik mereka. Latihan diteruskan selepas mereka memenangi pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan lalu.
Dalam Sukan SEA, beberapa pemain diberi peluang seperti Joel Van Huizen, Ramadan Rosli dan Rashid Baharom yang tidak beraksi dalam Liga Hoki Dunia Separuh Akhir di London.
Saya pasti mungkin akan ada beberapa pemain yang perlu diberikan pendedahan kejohanan antarabangsa akan disenaraikan, lebih-lebih lagi dengan beberapa pemain daripada skuad pembangunan telah diserapkan ke skuad utama seperti Syafiq Sumantri, Ashran Hamsani, Amirol Aideed serta penjaga gol muda, Mohd Zaimi Mat Derus.
Akan tetapi saya berpendapat pemain-pemain mana yang akan tersenarai, mereka harus menyasarkan untuk ke perlawanan akhir.
Kita harus ubah minda seperti Australia, Jerman dan Belanda di mana mereka juga akan menyenaraikan pemain-pemain muda yang perlu diberikan pendedahan dalam kejohanan jemputan atau kejohanan yang tidak banyak kepentingan kepada mereka tetapi kualiti permainan dan sasaran mereka tidak pernah berubah. Itulah penanda aras yang sentiasa diutamakan.
Dalam arena hoki moden, sememangnya setiap pasukan memerlukan sekurang kurangnya 22 pemain berkualiti dalam skuad mereka.
Lebih lebih lagi, ‘rolling substitution’ dalam setiap permainan memerlukan pemain-pemain ditukar bersilih ganti dan dalam masa yang sama memastikan kualiti permainan tidak menurun.
Tahun 2017 menyaksikan pencapaian pasukan hoki negara begitu cemerlang, terutama pertama kali layak ke separuh akhir Liga Hoki Dunia di London.
Jika India bukan layak sebagai tuan rumah Liga Hoki Dunia Peringkat Akhir, Malaysia akan berada dalam kalangan pasukan elit dunia secara merit buat julung-julung kalinya.
Diharapkan Piala Asia akan menjadi penutup gemilang tahun 2017 buat pasukan hoki negara.