Skip to main content

Rencana

PKP atau pergi mati?

655038.jpg

Penularan wabak Covid-19 jelas mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan di dunia dan juga industri. Bagaimanapun penulis akan memilih untuk menumpu penulisan terhadap industri sukan.

Sukan iaitu satu aktiviti di mana semua rakyat boleh menyertai tidak kisah sukan apa mahu pun peringkat apa.

Sukan negara boleh dikatakan umpama digantung tidak bertali akibat penularan wabak Covid-19 yang memaksa temasya-temasya seperti Sukan Olimpik dan beberapa kejohanan dunia lain tertangguh dan dibatalkan.

Bagi membendung atau pun menghentikan penularan wabak Covid-19 ini beberapa negara sudah pun melakukan perintah kawalan pergerakan.

Perintah kawalan pergerakan atau pun 'lockdown' ini ditumpukan kepada seluruh rakyat termasuk atlit dan ini jelas menjejaskan persiapan atau pun latihan mereka untuk persediaan menjelang beberapa kejohanan.

Kita sebagai rakyat pasti ingin kembali menyaksikan atlit kegemaran kembali beraksi di pentas antarabangsa dan terus membanggakan nama negara.

Jadi marilah kita terus mengikuti perintah kerajaan dan duduk di rumah untuk membendung penularan wabak Covid-19 supaya atlit negara boleh kembali memburu pingat emas pertama olimpik untuk negara.
 

Advertisement

Must Watch Video