Skip to main content

Rencana

Pinjam kejap ke pinjam lama?

theo-walcott.jpg
Penyerang Arsenal, Theo Walcott, dilaporkan memberi bayangan kepada pasukannya bahawa beliau sedia meninggalkan Stadium Emirates buat sementara ketika jendela perpindahan dibuka semula pada Januari.

Penyerang itu masih belum memulakan aksinya bersama Arsenal musim ini dan hanya memanaskan dirinya di bangku simpanan.

Tetapi, Walcott berpendapat bahawa dia masih cukup baik bermain untuk Arsenal dan hanya akan keluar sebagai pemain pinjaman untuk mana-mana pasukan yang hanya mahu menggunakan khidmatnya.

Dikhabarkan, Everton dan Southampton berminat mengambil pemain berusia 28 tahun itu bagi memperkemaskan lagi bahagian serangan pasukan masing-masing.

Bagaimanapun, gaji sebanyak GBP100,000 seminggu yang harus dibayar kepada Walcott menjadi satu penghalang besar buat kedua-dua pasukan itu.

Walcott mengatakan dia berasa selesa bersama Arsenal dan ingin beraksi jika diberi peluang bagi menghabiskan sisa musim ini.

Southampton yang baru sahaja menjana pendapatan hasil penjualan Virgil van Dijk ke Liverpool dengan harga RM410 juta juga masih berasakan tuntutan upah Walcott yang perlu diberikan masih tidak mampu dibayar oleh mereka dan menyebabkan impian mereka untuk mendapatkan penyerang itu masih samar.

Sebelum berhijrah ke Arsenal, Walcott mula beraksi di Liga Perdana Inggeris bersama Southampton dengan melakukan 21 penampilan pada tahun 2005. Ketika umurnya baru 17 tahun, Arsene Wenger kagum dengan potensi dirinya dan terus menyambar beliau untuk bersama Arsenal sehingga ke hari ini.

Sementara itu, bos Everton, Sam Allardyce, juga menyatakan hasratnya membawa penyerang itu pada Januari.

Bagaimanapun, dana yang ada untuk menarik pemain itu ke Everton mungkin tidak mencukupi dan beliau cuba untuk mencari penyelesaian bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di bahagian serangannya.

 

Advertisement

Must Watch Video