Peminat sepak takraw kerap menyaksikan dua variasi rejaman yang sering digunakan dalam sesuatu kejohanan tempatan atau antarabangsa.
Dan tidak kurang juga peminat yang sering memperkatakan tentang dua teknik rejaman ini.
Masing-masing miliki pendapat tersendiri dan saya juga antara peminat dan bekas pemain yang mempunyai sudut pandangan berbeza mengenai teknik ini.
Sehingga hari ini, ada sahaja komen yang dilontar dimedia sosial mempertikaikan kebanyakan apit kanan negara yang dilihat lebih cenderung menggunakan ‘libasan gunting’ berbanding ‘libasan gulung’
Pendapat saya, masing-masing ada kekuatan tersendiri. Walaupun teknik gunting kelihatan tidak begitu padu tapi mampu mencari ruang kosong dan apit kanan juga sempat memvariasikan pukulan jika umpanan apit kiri tidak sampai atau terlalu rapat dengan jaring.
Sementara itu, teknik gulung pula lebih mantap dan sesiapa yang melihat teknik ini juga pasti merasa puas mendengar bunyi dentumam kencang yang singgah dilantai gelanggang.
Namun, kekurangannya pula, jarang kita melihat pemain yang melakukan libasan gulung ini mampu memvariasikan pukulan tersebut dan hanya fokus kepada arah yang sama sahaja.
Oleh itu, gunting atau gulung kedua-duanya memiliki aura tersendiri.
Janganlah pengkritik diluar sana mempersoalkan mengapa Malaysia belum boleh melahirkan apit kanan jelmaan Pornchai Kaokaew kerana Azlan Alias sudah membuktikan tak perlu gulung pun untuk menjadi juara Piala Dunia dan Piala Asia.