Aksi Liga Super antara Selangor dan Johor Darul Takzim (JDT) pada 1 Mac ini, pasti menjadi aksi tumpuan untuk saingan minggu ini.
Sejak musim 2013, aksi antara kedua-dua pasukan sentiasa menjanjikan pertembungan epik dan pertemuan di Stadium Shah Alam kali ini juga dijangka tidak kurang hebatnya.
Tidak dinafikan, sejak JDT mendominasi saingan Liga Super pada 2014, setiap pasukan berdepan Harimau Selatan akan mengerah segala kudrat dan menjelmakan aksi terbaik mereka.
Namun, aksi Selangor-JDT ada sedikit kelainan kerana ia ada magis tersendiri untuk disajikan kepada peminat setia pasukan masing-masing.
Jika berlandaskan prestsi semasa, sudah pasti JDT akan turun sebagai pasukan pilihan untuk merakam tiga mata meskipun aksi berlangsung di Shah Alam dan dihadapan ribuan peminat setia Selangor.
Sudah pasti, JDT mahu mengukuhkan kedudukan memandangkan selepas empat perlawanan mereka kini terikat dengan 10 mata bersama Kedah dan dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.
Tidak banyak perubahan dalam skuad JDT musim ini berbanding musim lalu, dengan hanya Akhyar Rashid, bersama tiga awang import baru, Diogo Luis Santo, Mauricio Dos Santos serta Leandro Velazquez dibawa masuk.
Velasquez pernah bersama JDT pada 2015 ketika mereka muncul juara Piala AFC dan sudah pasti tiada masalah buatnya untuk terus menyesuaikan diri dengan sistem permainan Harimau Selatan.
Selangor yang kini dikendalikan B Satianathan, tidak memulakan saingan musim ini dengan aksi konsisten apabila hanya berjaya meraih tiga mata selepas empat perlawanan dan turut tumpas 4-0 kepada pasukan "adik" PKNS FC pada aksi ketiga.
Namun, pihak pengurusan tampak terus memberi sokongan kepada Satianathan apabila meluluskan pengambilan bek kiri berpengalaman, Fandi Othman, bekas pemain sayap kebangsaan, Khyril Muhymeen dan bekas penyerang import Kedah, Sandro da Silva sebelum tutup tarikh pendaftaran pertama Liga M pada 20 Februari lalu.
Kemasukan tiga tonggak berpengalaman itu, pasti akan menambah ramuan buat Satianathan membariskan kesebelasan lebih ampuh dan aksi yang lebih segar berbanding empat aksi sebelum ini.
Sebenarnya, Selangor sudah pun menjelmakan peningkatan selepas kekalahan kepada PKNS apabila mengikat Pahang 1-1 dalam aksi liga minggu lalu dan kini sudah pasti mereka lebih yakin berdepan JDT.
Satianathan juga adalah seorang pengendali berpengalaman dan tahu bagaimana mendapatkan aksi terbaik daripada pemain meskipun kita tidak boleh nafikan, aksi hambar pemain ketika tumpas kepada PKNS merisaukan peminat setia Selangor.
Namun seperti dikatakan Satianathan selepas aksi dengan Pahang minggu lalu, pemain-pemainnya menunjukkan perwatakan untuk segera bangkit dan sudah pasti Selangor enggan memberi laluan mudah buat JDT.
Penulis juga berasa, keputusan perlawanan berdepan JDT akan memberi gambaran sejauh mana keampuhan Selangor mengharungi musim ini dan sudah pasti, setiap pemain yang diturunkan perlu mengerah segala kudrat selama 90 minit perlawanan.
Pada pengamatan penulis, Selangor akan lebih bersedia menghadapi perlawanan ini dan ramalan penulis, tidak mustahil Gergasi Merah meraih tiga mata pertama musim ini jika segala perancangan taktikal Satianathan mampu dilaksanakan pemain pada hari perlawanan.