Para peminat sukan hoki bakal menyaksikan satu pertarungan epik antara dua powerhouse baharu tanah air antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini.
Aksi dua gergasi ini menarik untuk disaksikan kerana ia bakal menentukan kedudukan sebagai pendahulu Liga Hoki Malaysia (LHM) selepas sembilan perlawanan setakat ini.
Kemenangan atau seri akan terus mengukuhkan status UniKL sebagai peneraju carta liga tetapi kekalahan menyaksikan TNB kembali merampas semula kedudukan teratas LHM 2019.
Ketika ini, UniKL masih mengekalkam rekod tanpa kalah tetapi cuma berkelebihan satu mata sahaja ke atas TNB hasil tujuh kemenangan dan satu seri manakala seteru utama itu pula menang tujuh dan tewas satu perlawanan.
Berdasarkan rekod semasa, kedua-dua pasukan dilihat berada pada tahap terbaik dengan UniKL berpesta gol membelasah Universiti Teknologi Mara (UiTM) 11-0 di Stadium Tengku Abdullah.
TNB juga tidak kurang hebatnya pada aksi terakhir Jumaat lalu dengan kemenangan 6-1 terhadap Nurinsafi di Stadium Hoki Kuala Lumpur.
Justeru, sukar sebenarnya untuk menjangkakan kemenangan akan menjadi milik siapa walaupun pertemuan terdahulu antara kedua-dua pasukan menyaksikan UniKL menang 3-1 ke atas TNB sewaktu pusingan pertama liga bulan lalu.
UniKL pastinya terus mengharapkan ketajaman penyudah pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd Rahim yang kini merupakan penjaring keempat terbanyak kejohanan dengan tujuh gol.
Tonggak import Belanda yang memenangi tempat kedua Piala Dunia 2018, Robbert Kemperman dan Valentin Verga juga menjadi pertaruhan buat skuad bimbingan Arul Selvaraj itu.
Kemampuan TNB juga tidak seharusnya dipandang rendah kerana penyerang utama iaitu Muhammad Firhan Ashari dilihat berada pada tahap terbaiknya dengan sembilan gol ketika ini.
Saya percaya pertembungan antara UniKL dan TNB ini akan memperlihatkan kelas permainan menarik memandangkan kedua-dua pasukan dilimpahi pemain-pemain berstatus antarabangsa.