Kekalahan Kedah 2-1 kepada Pahang di Stadium Darulmakmur telah menobatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) selaku juara Liga Super 2017 walaupun skuad Harimau Selatan itu tewas 1-2 kepada Selangor di Selayang, malam Sabtu lalu.
Jurang mata yang besar tidak lagi meluangkan buat Kedah dan Pahang untuk memintas JDT walaupun masih ada baki tiga perlawanan lagi.
Terciptanya kejuaraan ini adalah satu lagi sejarah baharu kepada pasukan JDT apabila menjulang kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut semenjak 2014.
Ini sudah pasti melegakan pengurusan tertingginya dengan pencapaian skuad JDT semenjak penjenamaan dilakukan.
Melalui penstrukturan dan bijak dalam menyusun strategi pemasaran untuk meningkatkan imej dan nilai komersial JDT, ia sudah mula menampakkan hasilnya yang konsisten.
Melalui perancangan perbelanjaan mengikut kemampuan serta kepimpinan yang tegas serta mempunyai misi yang jelas, ia membuatkan JDT begitu gah di persada bola sepak Malaysia dan Asia pada masa kini.
Apa yang boleh dipelajari di sini ialah perancangan, kerjasama dari semua peringkat pengurusan serta ketegasan dalam urus tadbir serta mempunyai wawasan dalam pentadbiran sebagaimana yang kita lihat dalam kepimpinan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah membuahkan hasilnya.
Selain dari pengurusan yang baik, lebih penting ialah kebajikan pemain dijaga. Ini yang dilakukan oleh pengurusan JDT, mereka tidak membiarkan pemikiran pemain dibelenggu masalah-masalah di luar padang, sebaliknya menyediakan kemudahan daripada semua aspek, termasuk kewangan pemain dan fasiliti latihan.
Bagi pemain pula, keharmonian dan sikap kekeluargaan bersama pengurusan kejurulatihan serta saling hormat-menghormati -- itu yang membuatkan mereka bagaikan isi dengan kuku yang tidak boleh dipisahkan.
Kerjasama dalam pasukan memainkan peranan serta memahami tugas masing-masing itu yang amat penting dalam kejayaan pasukan JDT selama ini.
Walaupun pelbagai spekulasi dan tohmahan negatif yang diberikan kepada pasukan JDT, pengurusan kejurulatihan dan pemain tetap fokus kepada tugasan mereka.
Ini satu sikap profesional yang dipamerkan oleh skuad JDT yang membuatkan mereka mencipta kejayaan dan menjulang kejuaraan Liga Super empat tahun berturut-turut.
Tahniah kepada pemain-pemain, jurulatih dan pengurusan di atas kejuaraan yang dimiliki.