Datuk Lee Chong Wei nak keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Zorro Malaysia (Yu Peng Kean) bersara, skuad 22 tahun bola sepak negara kena belasah, 'The Pocket Rocketman', Azizulhasni Awang kalah keirin Asia dan banyak lagi.
Wahai sukan Malaysia, tolong bagi berita baik boleh?
Setiap pagi apabila membaca muka surat terakhir akhbar ada sahaja drama.
Sememangnya orang Malaysia suka tengok drama TV tetapi isu sukan tempatan baru-baru ini lebih panas dan agak merisaukan.
Bukan ke baik kalau ada laporan tentang atlet negara yang jadi juara dunia atau mengejutkan pemain pilihan atau layak ke Piala Dunia.
Sedap hati.
Memang kita bersimpati dengan Chong Wei yang tidak habis-habis mengalami malapetaka sebelum kejohanan penting.
Tapi pada pendapat saya, ada baiknya Chong Wei sendiri berjumpa dengan Morten Frost untuk 'kautim' perkara-perkara yang mungkin disalah tafsir.
Pada masa yang sama, Zorro Malaysia yang selama ini mempertahankan martabat sukan lawan pedang negara tempang dan akur untuk bersara.

Anak Melaka, Yu Peng Kean yang pernah beraksi di Sukan Olimpik 2012 London mengambil keputusan untuk merehatkan lututnya yang sudah berkhidmat untuk negara selama 13 tahun.
Harapan untuk mendengar berita baik bola sepak pun tidak kesampaian.
Malaysia dibelasah Vietnam. Adoi!
Pemain kendalian Frank Bernhardt sendiri akur skuad bawah 22 tahun negara masih belum bersedia untuk Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.
Malaysia masih menunggu berita baik.
Apapun, ramai yang menjangka ada berita baik pada 25 Mac ini.
Presiden baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari selatan Malaysia?
Kita tunggu asalkan ada berita baik.