Majlis Olimpik Malaysia (MOM) diberi pilihan untuk bersikap proaktif pada asalnya.
Keputusan mereka tidak menamakan atlet lompat tinggi berpengalaman negara Lee Hup Wei sebagai wakil negara ke Sukan Komanwel berdasarkan prestasi semasa menuntut perubahan ketetapan MOM sendiri.
Hakikatnya, atlet ini sudah pun memberi petanda awal dia mampu menggalas cabaran negara dengan membuktikan dia kini di landasan terbaik untuk membuat kemunculan di Sukan Komanwel bergandingan dengan seorang lagi wakil negara, Nauraj Singh.
Sukan SEA tahun lalu, Hup Wei memberangsangkan menerusi catatan 2.24 meter dalam tiga lompatannya dan pada masa yang sama, ia adalah catatan yang sama dilakukan Nauraj Singh ketika itu.
Tetapi, prestasi semasa itu tidak cukup untuk MOM memberi peluang kepada Hup Wei sebaliknya ranking edisi empat tahun lalu diambil kira, sekaligus menjadikan Hup Wei tersingkir dalam pemilihan awal.
Kehebatan Hup Wei adalah dia tidak patah semangat.
Keputusan dalam Terbuka Canberra, empat hari lalu menerusi catatan 2.28 meter sekaligus perbaharui rekod peribadinya 10 tahun lalu iaitu 2.27 meter menuntut MOM kembali meneliti kebarangkalian Hup Wei bersama kontinjen Malaysia ke Gold Coast.
Apa tidaknya, catatan 2.28 meter adalah catatan yang sama dilakukan pemegang pingat perak dalam Sukan Komanwel, empat tahun lalu dan menjadi tanda tanya sekiranya Hup Wei sekali lagi terlepas peluang.
Ternyata MOM terpaksa memilih jalan reaktif dengan kembali meneliti kebarangkalian Hup Wei untuk bersama kontinjen negara sedangkan atlet ini sebenarnya cukup bersedia sahut cabaran di Gold Coast.
Reaksi ketua jurulatih olahraga, Zainal Abas cukup positif dengan kehadiran Hup Wei bantu kontinjen negara sumbang pingat dan dalam masa yang sama ia adalah persaingan cukup sihat melibatkan Hup Wei mahupun Nauraj.
‘Mengapa tidak, Hup Wei mahupun Nauraj mereka ada kelebihan tersendiri bagi memenuhi kriteria penyumbang pingat buat negara di Komanwel.’