Skip to main content

Rencana

Mbappe: Daripada tiada sesiapa kepada pemain rebutan utama (bhg akhir)

mbappe-290717.jpg
Kylian Mbappe adalah lebih baik daripada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ketika kedua-dua bintang dunia itu berusia 18 tahun… tetapi dia masih ketinggalan jika dibandingkan dengan bekas bintang Brazil, Ronaldo (El Fenomeno).

Penyerang muda Monaco, Mbappe, kini di ambang perpindahan dengan yuran rekod dunia £160 juta (RM896 juta) ke Real Madrid pada usia 18 tahun.

Kelab gergasi LaLiga itu semakin diyakini untuk menambat hati penyerang antarabangsa Perancis itu untuk membawa haluan ke Santiago Bernabeu berbanding kekal di Monaco atau mengalihkan tumpuan ke Manchester City.

Namun, dengan mengambil kira kadar inflasi semasa sekalipun, tanda harga yang diletakkan di sekeliling lehernya masih menuntut persoalan: adakah dia benar-benar berbaloi?

 Salah satu cara untuk mengukur nilai sebenar Mbappe – seperti yang diutarakan oleh akhbar Daily Mail – ialah dengan membandingkannya dengan bintang ternama lain pada ketika mereka seusia dengannya.

Tarikh lahir Mbappe ialah pada 20 Disember dan 20 daripada 26 jaringannya untuk Monaco hadir pada tahun dia menyambut hari jadi ke-19.

Jika dia meneruskannya pada nisbah itu – sama ada di Real, Monaco atau City – dia boleh menjangkakan sekurang-kurangnya 30 gol pada namanya menjelang akhir tahun ini.

Persoalannya, bagaimana itu boleh dibandingkan dengan penyerang-penyerang muda sebelum waktunya?

Pertamanya, Mbappe akan berupaya menyaingi bekas penyerang Brazil, Ronaldo, yang menyumbat 37 gol untuk PSV pada 1995 – tahun dia genap berusia 19 tahun.

Harus juga Mbappe dapat mengatasi beberapa produk akademi Liverpool -- Robbie Fowler menyumbat 22 gol pada 1994 manakala Michael Owen pula 29 gol, empat tahun selepas itu.

Sebagai perbandingan lanjut, Wayne Rooney meraih 12 gol pada tahun dia menyambut hari jadi ke-19, kurang satu gol daripada jumlah jaringan Marcus Rashford pada 2016. 

Mengatasi Mbappe ialah legenda Real Madrid, Raul, yang menjaringkan 25 gol untuk kelab itu pada 1996.

Raul, yang meraih tempat dalam kesebelasan Real Madrid pada usia semuda 17 tahun, telah menjaringkan 36 gol untuk Los Blancos menjelang ulangtahun hari lahirnya yang ke-19.

Dalam pada itu, Mbappe telah pun mengatasi dua bintang muda di Milan, Alexandre Pato yang menyumbat 17 gol untuk AC pada 2008 dan Mario Balotelli yang meraih jumlah yang sama buat Inter setahun kemudian.

Malah, harus lebih memberangsangkan ialah Mbappe sudah berupaya memintas antara pemain terbaik dunia hari ini.

Pada tahun-tahun ulangtahun hari lahir ke-19 mereka, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi masing-masing hanya menjaringkan enam dan 10 gol untuk Manchester United dan Barcelona.

Harus juga diingatkan, kedua-dua pemenang berkali-kali anugerah Ballon d'Or berkenaan, beraksi di bahagian sayap pada fasa awal karier mereka – satu persamaan dengan Mbappe.

Barangkali boleh juga disimpulkan bahawa Mbappe sedang meniti waktu untuk meraih anugerah yang sama – tidak terlalu lama dari sekarang.

Advertisement

Must Watch Video