Skip to main content

Rencana

Mana pernah dalam bayangan

gimnastik.jpg
Saya akur jahil satu ketika dahulu apabila memperlekeh dan mempersenda gimnastik lelaki,sukan itu secara amnya, atlitnya dan tidak terkecuali mereka yang meminati sukan ini.

Di Malaysia,kalau ada sepuluh gimnas lelaki yang berkualiti,penyokong kasual lebih cenderung untuk mengikuti perkembangan skuad wanita diketuai Farah Ann Abdul Hadi.

Semuanya berubah buat saya apabila diberi peluang mengenali lebih dekat individu-individu dalam skuad negara yang dilatih, Ng Shu Liang.

Peminat sukan tanah air juga lebih mengenali adik Shu Liang, Shu Wai,gimnas bertaraf olimpian dan antara yang terbaik pernah Malaysia lahirkan.

Kali pertama membuat liputan awal tahun ini,saya terpanggil untuk melihat dengan lebih dekat program skuad lelaki walaupun pada asalnya perancangan tertumpu kepada skuad wanita.

Saya kecewa dengan kejahilan saya selama ini apabila kagum melihat kemahiran,kepakaran serta keperluan fizikal tinggi  diperlukan untuk menangani disiplin dan aparatus dalam saingan gimnastik artistik lelaki.

Jumaat lalu hari terakhir saya dapat meluangkan masa bersama Shu Liang dan anak-anak buahnya yang berhasrat untuk membentuk legasi baru sukan ini di KL2017.

Saat selesai liputan,saya ucapkan selamat maju jaya kepada gimnas negara yang perlu saya tegaskan punya karakter tersendiri,setaraf atlit terbaik negara.

Sejurus selepas itu sebak seketika apabila Shu Liang memeluk erat saya walaupun jarang  berkunjung ke venue latihan pusat mereka di Bukit Jalil.

Waktu itu saya sedar mereka sebenarnya memerlukan sokongan daripada kita Malaysia,untuk mencapai aspirasi tersendiri bukan sahaja di pentas Sukan Sea malah di Olimpik.

Ingat nama gimnas negara yang akan pertaruhkan segalanya di KL2017

Jeremiah Loo Phay Xing
Azroy Amierol Jaafar
Chau Jern Rong
Abdul Azim Othman
Tan Fu Jie
Zul Bahrin Mat Asri.

Mungkin reputasi skuad wanita lebih menyinar berbanding anda ketika ini, tetapi percayalah kalian sekalipun tidak pernah dalam bayangan dan Malaysia akan akhirnya saksikan kehebatan anda!

Advertisement

Must Watch Video