RENCANA
Man City mula hambat
Ketika Ole Gunnar Solskjaer, Jurgen Klopp dan Brenden Rogers mencongak strategi untuk menggekalkan prestasi pemain-pemainnya supaya terus memberikan aksi yang konsisten pada setiap perlawanan agar pasukan masing-masing terus kekal berada pada kelompok empat teratas saingan Liga Perdana Inggeris pada pusingan kedua nanti.
Bagi pengendali Manchester City, Pep Guardiola pula menarik nafas lega apabila anak-anak buahnya terus menggekalkan aksi yang konsisten pada setiap perlawanan dan terus menggekalkan momentum kemenangan pada tujuh perlawanan berturut-turut.
Dengan kejayaan itu telah meletakan Manchester City pada kedudukan tangga ke 3 liga dan hanya membezakan 3 mata dengan pendahulu liga ketika ini iaitu Leicester City dan masih lagi berbaki 2 perlawanan dengan pendahulu liga itu. Ini memberi peluang kepada Pep Guardiola untuk terus memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak buahnya supaya mengambil kesempatan atas peluang yang sudah terhidang itu. Sebagaimana yang pencinta-pencinta bola sepak Inggeris ketahui Man City sentiasa menghadapi masalah dalam mempersiapkan pasukan yang terbaik kerana disebabkan masalah kecederaan pemain-pemainnya dan positif COVID-19 di kalangan pemain-pemainnya.
Iklan
Inilah sebenarnya masa terbaik untuk Man City kembali berada di puncak Liga Perdana Inggeris setelah musim lalu kejuaraan milik Man City di rampas Liverpool. Melihat dari peningkatan prestasi pemain-pemain Man City baik di bahagian pertahanan dan penyerang itu pasti akan membimbangkan pasukan lawan. Lihat sahaja perbezaan jaringan di antara Man City dan Liverpool serta Man United agak seimbang namun bahagian penyudah Man City perlu dipertingkatkan lagi ketajamannya apabila memasuki pusingan kedua nanti.
Tetapi itu tidak membimbangkan Pep Guardiola sebenarnya ketika ini kerana ramai pemain-pemainnya boleh melakukan jaringan seperti De Bruyne, Raheem Sterling, John Stones, Fernandinho. Apa yang di khuatiri Pep Guardiola ketika ini adalah jadual perlawanan yang agak rapat disebabkan beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan penganjur disebabkan ada pemain-pemain yang positif Covid-19 sebagaimana pasukan Fulham. Inilah cabaran yang akan dihadapi oleh Pep Guardiola namun pengalamannya sebagai pengurus yang bijak dalam merangsang minda dan meningkatkan semangat pemain-pemainnya bukan penghalang untuk Man City mencuri peluang untuk menghambat kedudukan pertama carta liga.
Must-Watch Video