Skip to main content

Rencana

Malaysia berada di kelas tersendiri

hokiw.jpg
Selepas 2 perlawanan dilalui bagi Hoki Wanita dan Lelaki di Temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 setakat ini jelas Malaysia berada di satu tahap yang berbeza berbanding 5 Negara yang mengambil bahagian di edisi yang ke 29 ini.

Bagi Skuad Wanita mereka membelasah Indonesia 11 - 0 diperlawanan pertama manakala menewaskan Negara jiran Singapura 5 - 0. 

Skuad Lelaki pula membelasah Indonesia 18 - 1 dan Thailand diperlawanan kedua dengan 6 - 0.

Walaupun ada beberapa pertukaran senarai 18 pemain daripada pasukan Liga Hoki Dunia 3 yang lalu, Kekuatan kedua dua Skuad Negara ini tetap mengerunkan setiap lawan mereka.

Bayangkan untuk Skuad Lelaki dalam beberapa kali edisi Sukan Sea kita masih lagi mampu menghantar pasukan kedua atau pun pasukan Remaja dan tetap kita akan membawa balik pingat Emas buat Negara.

Pengalaman saya sendiri memenangi 5 Pingat Emas antaranya di Sukan Sea Singapura 1993, Chiengmai 1995, Jakarta 1997, Brunei 1999 dan Kuala Lumpur 2001, 2 kali pasukan Negara menghantar Pasukan Kedua di Chiengmai serta di Brunei oleh kerana Pasukan utama mempunyai komitmen yang lebih penting ketika itu.

Saya juga masih ingat lagi pada Sukan Sea Singapura 1993 dan Jakarta 1997 ketika pasukan utama yang betaksi di Sukan Sea, kami tetap menjalani latihan kecergasan fizikal semasa temasya sedang berlangsung. Ini kerana pada tahun tetsebut kami akan menghadapi kelayakkan Piala Dunia selepas Sukan Sea berakhir. Jurulatih ketika itu adalah Terry Walsh dan Volker Knapp.

Inilah senario untuk Pasukan Hoki terutamanya Hoki Lelaki. Sehingga kini masih lagi negara negara lain di rantau Asia Tenggara mencari cari formula dalam memberikan tentangan kepada Malaysia termasuklah dikatakan pencabar terdekat Malaysia iaitu Singapura. 

Walaupun setakat ini pasukan pasukan yang turun menetang pasukan Negara kita mereka hanya lebih bertahan dan juga saya pasti di kotak fikiran mereka tidak mahu dibolosi banyak gol jauh sekali memikirkan untuk menang atau pun seri. 

Kekuatan seimbang Pasukan Hoki Negara yang mampu menjaringkan gol padang dan gol pukulan sudut penalti membuatkan mereka buntu dan tiada jawapan.

Setakat ini Skuad Lelaki menyertai 16 Sukan Sea 15 Pingat Emas dimenangi hanya pada tahun 1973 sahaja kita terlepas emas ke tangan Singapura selepas tewas 0  - 1 di perlawanan akhir. Waktu itu Malaysia menghantar pasukan kedua dimana pasukan utama ke Piala Dunia di Belanda. Buat Pasukan Wanita 2 Sukan Sea pertama meteka sertai 1993 dan 1995 meteka membawa pulang Perak selebihnya Emas milik Negara.

Saya yakin 2 Emas menerusi Hoki Padang pasti  dalam genggaman melihat preatasi Pasukan Negara yang berada di kelas tersendiri.

Hari ini Pasukan Wanita Negara akan turun menentang Thailand jam 8pm. Menang bermakna Malaysia layak ke Perlawanan Akhir walaupun mempunyai satu lagi perlawanan menentang Myanmar esok.

Untuk makluman semua entri ke Stadium Hoki Nasional di Bandar Sukan KL untuk menyaksikan acara Hoki Lelaki dan Wanita adalah percuma. 

Advertisement

Must Watch Video