Dengan jendela perpindahan pemain bagi liga antarabangsa masih lagi belum ditutup, media tempatan mahupun antarabangsa giat melakukan spekulasi berkaitan perpindahan pemain.
Penulis yang turut mengikuti perkembangan mengenai perpindahan pemain seronok melihat gosip dan spekulasi yang tersebar.
Antara yang mencuri tumpuan penulis adalah penjaga gol muda AC Milan, Gianluigi Donnarumma, yang akhirnya memeterai perjanjian selama empat tahun selepas diugut bunuh oleh peminat-peminat di San Siro atas keengganannnya menyambung kontrak.
Ia sekaligus memadamkan peluang Real Madrid dan Manchester United untuk memancing pemain berusia 18 tahun itu.
The Reds pula biarpun telah berjaya mengikat Mohamed Salah beberapa minggu lalu, namun dia dikhabarkan tidak menyertai persiapan pra-musim Liverpool atas faktor tiada permit kerja.
Jadi siapa yang salah? Penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, pula dikhabarkan dalam usaha memancing Pierre-Emerick Aubameyang selepas gagal mendapatkan khidmat Romero Lukaku yang berhijrah ke Manchester United.
Dengan hanya berjaya mendapatkan Antonio Rudiger dari AS Roma, Antonio Conte dilihat terdesak bagi mendapatkan pemain baru untuk musim hadapan.
Kedudukan bintang muda, Kylian Mbappe, pula masih belum terjawab. Sama ada dia akan kekal di AS Monaco dengan gaji mingguan mewah ataupun berhijrah ke kelab besar seperti Arsenal mahupun Real Madrid.
Terbaru, bintang Colombia, James Rodriguez, bersetuju berhijrah ke Bayern Munich secara pinjaman selama dua tahun bagi mengisi kekosongan Douglas Costa yang terbang ke Turin menyertai Juventus.
Juventus pula terpaksa akur dengan kehendak Dani Alves yang menandatangani kontrak bersama PSG, sekaligus mengetepikan peluang peminat di Stadium Etihad untuk melihat pemain itu bergabung semula dengan Pep Guardiola.
Apapun, penulis memang cukup teruja mengikuti setiap perkembangan mengenai perpindahan pemain sewaktu jendela masih terbuka. Apakah akan ada rekod dunia baru pembelian pemain untuk tahun ini? Tunggu dan lihat.