Awal pagi esok, dua lagi perlawanan pusingan 16 terakhir bakal berlangsung melibatkan pertembungan hebat juara 5 kali, Liverpool, berdepan Juara Bundesliga, Bayern Munich, di Anfield sementara Juara La Liga, Barcelona, berkunjung ke Lyon untuk aksi pertama.
Bagaimanapun, Saya tak nak sentuh perlawanan Lyon – Barcelona kerana yakin, The Catalan bakal merajai saingan pusingan pertama ini.
Untuk Liverpool, perlawanan menentang Bayern ini bakal menjadi petunjuk kepada kemampuan skuad kendalian Jurgen Klopp yang akan menghadapi perlawanan sukar dalam saingan Liga Perdana Inggeris bertemu musuh ketat, Manchester United di Old Trafford hujung minggu ini.
Klopp bakal terus diuji 4 hari selepas itu apabila melayan kunjungan Watford di laman sendiri sebelum aksi Merseyside derby bertemu Everton pada 4 Mac.
4 perlawanan genting ini harus dimenangi Klopp dan Liverpool andai ingin menamatkan kemarau 29 tahun tanpa kejuaraan Liga yang kali terakhir dimenangi pada musim 1990.
Bayern pula bertandang ke Anfield tanpa kelibat 2 bintang veteran, Frank Ribery dan Arjen Robben yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan. Namun melihat kepada persembahan Bayern dalam dua aksi Bundesliga yang lalu, skuad kendalian Niko Kovac masih mempunyai barisan mantap ditambah kehadiran semula penjaga gol no.1 mereka, Manuel Nuer daripada kecederaan.
Bayern juga mempunyai rekod perlawanan lebih baik daripada 6 perlawanan, skuad The Bavarian itu hanya tewas sekali dan menang 5 sementara Liverpool hanya menang 3 kali, seri 2 kali dan tewas sekali.
Biarpun ramai beranggapan Liverpool bakal mencatat kemenangan di Anfield, Saya jangkakan satu perlawanan yang sukar buat The Reds kerana mereka tidak dapat menurunkan barisan terbaik akibat masalah kecederaan dan penggantungan.
Malah, jika dilihat kepada barisan pemain simpanan kedua-dua pasukan, tidak dapat dinafikan Bayern mempunyai pemain lebih baik berbanding Liverpool.
Apapun, kita nantikan sahaja keputusan perlawanan awal pagi esok. Kalau kalah, penyokong Liverpool di luar sana, bersedialah untuk dikecam rakan-rakan dan kalau menang pulak, pastinya ayam akan berkokok.
Sekian dari saya. Assalamualaikum…